Assalamualaikum wbt
Senja. Hujan renyai-renyai...
Senja Isnin. Biasanya petang ini kami ke pasar malam Bandar Sri Iskandar. Mencari dinner di samping halwa mata melihat kanak-kanak kecil dan baby yang bertebaran di pasar malam. Huu.. sungguh attractive.
Tapi, senja ini adalah yang terakhir sebelum berangkat ke KL esok petang, meninggalkan bumi UTP buat 8 purnama..[insyaAllah ada peluang nanti balik sini jgk]
Kadang-kadang tergelak sendiri teringatkan baby dalam pram yang menggigit lengannya sendiri yang berbuku dan gebu. Mogok lapar agaknya. Ada juga kanak-kanak yang kepalanya mengikut rentak gendang pakcik kurang upaya sambil didukung si ibu. Tak kurang buat anak-anak yang sesat kerana ralit melihat belon-belon spongebob yang dijual. Lucu..
Tapi, petang ini masih sayu. Saya sahajakah rasa begini?? Terima kasih buat teman-teman yang membekalkan stok-stok makanan yang diambil dari kenduri kendara mahupun dari rumah mak angkat di Trong. Mujurlah orang rumah ni ramai lagi, kalau tak, tak mampulah saya nak menghabiskannya. Gembira..tapi masih sayu.
Perpisahan itu sering disulam sedih kan?
Kenapa ye??
"Akak tayah pegi intern ye? Tayah balik ye?"...
"Yela, akak tak balik...hari ini..akak balik esok..uhuk2."
"Boleh tak kalau tak intern??"
"Boleh, tapi bukan sem ni."
Terima kasih buat yang menemani lunch saya yang ceria tadi. Lama kita tak makan sama. Kenapa hari ini? haih~ Buat teman-teman yang ditinggalkan, jaga diri baik-baik, jaga iman, jaga ibadah, jaga hati, jaga sahabat-sahabat lain, jaga akademik dll. Doakan kami2 yang meninggalkan ini..
Petang tadi, jalan-jalan di JPSP. Lama rasanya tak ke sana. Abg Shoman, Kak Yati, Kak Maznah, Tuan Haji Jalil, Abang Jai, En Marfauza, En Saiful dll.... Banyak mereka ajar saya sepanjang setahun setengah jadi MPP. Too many have been learned. Ramai lagi yang tidak sempat ketemu.
Tertanya-tanya pulak, kenapa rasa sayu semacam ni. Selalunya orang suka pegi intern. Keluar dari kampus buat seketika. No more assignment, no more project, no more tests, finals, quizzes etc for one semester. Tapi, am I like it? Surely i dont. Tapi tetap sayu.. haih~
Macam banyak yang berkisar dalam minda. Ya Tuhan, walaupun aku bukanlah hambaMu yang baik, tapi aku masih sayu kerana terpaksa berjauhan dari medan tanggungjawab yang masih terpikul. Masih risau yang amat mengenang persaksian dan persoalan-persoalanMu tentang tanggungjawab ini. Masih cuba memikirkan apa lagi yang mampu ku lakukan di kala kesedaran yang sedikit ini datang bertimpa-timpa.
Semoga rasa sayu ini berganti dengan rasa semangat meneruskan perjuangan hidup yang seterusnya. Semangat!~ Bukankah tiada undur ke belakang dalam hidup ini...
Alhamdulillah...
Rasulullah SAW juga sayu. Sayu meninggalkan kota suci Mekah buat kali pertamanya sendirian ketika membawa dagangan Siti Khadijah. Meninggalkan Kaabah, meninggalkan Abu Talib, saudara-saudaranya, meninggalkan kota Mekah yang penuh memori belayar ke negeri Syam melaksanakan tangungjawabnya menguruskan perniagaan Siti Khadijah.
Sekali lagi Nabi sayu, Muhajirin itu sayu. Meninggalkan tanah air Mekah yang entahkan bila dapat kembali semula ketika hijrah umat Islam ke Madinah. Tapi perjalanan yang sayu dan sukar itu tetap diteruskan. Usaha tetap berjalan bahkan berganda dalam menegakkan Islam di bumi Madinah. Misi Islam masih panjang, jauh di depan banyak lagi cabaran menanti. Muhajirin menolak tepi rasa sayu dan sedih meninggalkan tanah air, harta dan orang yang tersayang. Mereka tetap setia membantu dan mendokong ajaran Rasulullah bersama-sama kaum Ansar.
Nah, masihkan rasa sayu? Perasaan itu tetap akan tiba, tapi perjalanan di depan masih perlu ditempuh. Setiap perpisahan dan pengakhiran itu adalah sebuah permulaan. Bertebaranlah meneruskan perjuangan. Usaha!~
p/s: Bagaimana jika ini memang senja yang terakhir?? Minta maaf pada semua~_~
Monday, May 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
andai perjalanan itu diniatkan utk menemui sesuatu yg lebih baik, insyaAllah akan bertemu yg lebih baik.
pernah dgr crita rama2 yg ingin keluar dari kepompong? pabila masanya sudah tiba, tidak awal dan tidak lewat juga, ia tetap akan keluar menjadi kupu2 yg indah.
anggap saja ini satu perjalanan. cuma mungkin geografinya berbeza.
Selamat Intern! :D
terima kasih atas peringatan..
analogi yang menarik=)
doakan urusan kami dipermudahkan
yup, that's life. Anyhow, we need to proceed :)
May you be blessed always by Allah ea dear bam~~
saya maafkan anda... :D
sesungguhnya usahlah bersedih kerana setiap yg kita pergi, kita akan pelajari sesuatu yg baru...tidak bermakna yg sebelumnya kita lupakan, kerana kita akan sentiasa teringat dan rasa ingin kembali...
intern ini merupakan salah satu pintu utk kita bersedia menghadapi kerjaya...it is a good thing, if u feel dat u can survive this, insyaAllah masa kerjaya anda juga akan berhasil...berdoalah, dan mengharapkan yang terbaekh..
sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan Mendengar, dan juga Maha Penyayang...
chaiyok intern!
tho if u went for structural, sure lg bes...kof kof...
hidup sipil!
tq semua..insyaAllah akan berintern dgn baik=)
Post a Comment