Pages

Monday, May 28, 2012

Ada apa dengan Hector Barbossa, Pirates of The Carribean??

Assalamualaikum wbt... 


Fuh... fuh (tiup blog berhabuk).....=)


Lagu suara kartun "Lonely, I'm so lonely.." terngiang-ngiang kat kepala, sambil menanti kepulangan housemate ku yang tak kunjung tiba... Owh, sudah pukul 9 malam ini...~_~


Ku capai buku, yang tak khatam-khatam lagi... diselak-selak... "25 Pahlawan Islam" tulisan Shafie Abdul Rahman... 


Satu nama tokoh yang macam pernah  ku lihat dan dengar,...tapi di mana ya???


KHAIRUDDIN BARBAROSSA......ha, agak-agak macam pernah dengar tak? Jom baca cerita mengenai tokoh ini..


Beliau adalah seorang panglima armada laut Islam yang terkenal pada abad ke-16. Nama beliau begitu digeruni musuh terutamanya pemerintah-pemerintah Kristian yang berusaha menghancurkan kekuatan umat Islam. Beliau dikenali sebagai Khairuddin Si Janggut Merah, bahkan digelar juga sebagai lanun. 


Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Lesbos, yang terletak di dalam wilayah kekuasaan Turki. Menurut beberapa catatan sejarah, ayahnya seorang bekas tentera yang pernah berjuang di bawah Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau ada 4 orang adik beradik lelaki iaitu Ishak, Aruj, Khairuddin dan Ilyas. 


Ketakutan tentera laut dari negara Eropah terhadap Khairuddin turut dipaparkan dalam filem terkenal 'Pirates of The Carribean' sebagai contoh jelas memaparkan watak seorang ketua lanun berjanggut merah, yang menguasai Laut Tengah. Beliau digambarkan sebagai seorang ketua lanun yang kejam. Tidak langsung dipaparkan watak sebenar Khairuddin sebagai seorang panglima laut Islam yang berjuang menentang kezaliman angkatan perang Kristian. 



Watak yang digambarkan dalam Pirates of The Carribean ialah Hector Barbossa



Ketika negara-negara Eropah yang beragama Kristian bangkit melancarkan siri-siri Perang Salib yang baru, mereka menghalau umat Islam di Sepanyol dan menyerang negara Islam di Afrika Utara. Ketika inilah Khairuddin dan abangnya, Aruj tampil membantu dan dikenali sebagai Barbarossa Bersaudara. 


Dalam satu peristiwa setelah pulang berdagang dari Tripoli, Libya, kapal mereka diserang angkatan laut Kristian. Adiknya, Ilyas terkorban dan Aruj ditawan. Khairuddin melancarkan perang terhadap kapal-kapal milik Eropah dan akhirnya Aruj berjaya dibebaskan setelah 3 tahun menjadi tawanan. 


Ketika Raja Ferdinand bertindak zalim ke atas orang Islam, Khairuddin Barbarossa dan abangnya telah membantu menyelamatkan berpuluh-puluh ribu orang umat Islam dari Sepanyol yang melarikan diri. Mereka dibawa ke Afrika supaya tidak diburu. Bagi menyekat pengaruh dan sokongan terhadap Khairuddin dan abangnya, raja-raja Kristian menggelarkan mereka 'Lanun Bersaudara Berjanggut Merah'.


Dalam hal ini, Khairuddin berkata,: "Jika yang dimaksudkan dengan lanun adalah seorang yang berjuang membela negera-negara Islam, menyelamatkan kaum Muslimin yang tertindas, serta memerangi orang yang memusuhi agama Allah, biarlah seluruh dunia mengetahui bahawa saya seorang lanun."


Menarik lagi, dalam satu peperangan mengusir tentera-tentera Sepanyol di Bougie, Aruj kehilangan tangan kirinya, dan digelar 'Tangan Perak'. (Banyak watak-watak ketua lanun yang tak ada tangan sebelah diganti dengan tangan besi pencangkuk).




Dalam Perang Preveza pada September 1538, Pope Paul III mengumpulkan pasukan tentera Salib yang terdiri daripada Empayar Rom, Sepanyol, Republik Venice, Malta dan Papacy. Satu armada laut yang bersar telah dibentuk untuk menentang armada laut Turki yang dipimpin oleh Khairuddin. Armada laut tentera Salib berjaya dikalahkan. Ini membolehkan angkatan laut Turki menguasai Laut Meditteranean untuk tempoh 33 tahun berikutnya. 


Khairuddin akhirnya bersara pada 1545 selepas mengepalai angkatan laut Islam memenangi berpuluh-puluh pertempuran dengan tentera Kristian diketuai oleh Sepanyol. Nama Khairuddin Barbarossa atau Khairuddin Si Janggut Merah menjadi igauan ngeri kepada angkatan laut Kristian untuk tempoh berpuluh-puluh tahun. 


Memori beliau telah ditulis dalam lima jilid yang bertulisan tangan dan dikenali sebagai 'Penaklukan oleh Khairuddin Pasha'. Memori tersebut kini ada dipamerkan di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. 





Friday, May 11, 2012

Yang Menjaga, Yang Menolong

Assalamualaikum wbt


Semalam kami berbincang sedikit tentang Hadith 19 ini dari Matan Arba'in, iaitu tentang Penjagaan dan Pertolongan Allah. 


Motivasi dan pujukan Allah itu pelbagai, di kala hati ini sebenarnya dilanda kesempitan dan keresahan, Allah pilih diri ini untuk hadir ke perbincangan ilmu, yang sebenarnya ingin menguatkan hati-hati yang diuji, melapangkan dada orang-orang yang hadir, jadi perisai untuk gelombang resah dan masalah. Hanya untuk mereka yang yakin...


Abu Al-Abbas Abdullah bin Abbas RA melaporkan, "Suatu hari, saya berada di belakang Nabi SAW dan baginda bersabda, 'Wahai anakanda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara; Jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, pasti Dia selalu berada di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak dapat memberikan manfaat sedikit pun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu, pasti mereka tidak mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah terangkat dan lembaran telah kering.'"


(Hadis hasan sahih diriwayatkan dari Tirmizi. 


Ada juga riwayat yang merekodkan, "Jagalah Allah, pasti engkau akan mendapatkanNya di hadapanmu. Kenalilah Allah pada waktu lapang, pasti Dia mengenalimu pada waktu susah. Ketahuilah, apa yang ditetapkan luput daripadamu tidak akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu, tidak akan luput daripadamu. Ketahuilah, kemenangan bersama kesabaran dan jalan keluar itu bersama kesusahan dan kesulitan bersama kemudahan."


Daripada ulasan hadis ini dimulakan dengan ulasan sebahagian ulama', "Saya merenungkan hadis ini sehingga membuat saya terkejut dan hampir pengsan. Mustahil jika ada orang yang tidak mengetahui hadis ini dan kurang memahami maknanya."







Dan saya juga faham... 


TERIMA KASIH YA ALLAH(T_T)





Buaya Laparku


Assalamualaikum wbt

My new part time ‘career’…=)

Ini model ‘Hungry Alligator’ dari set LEGO Mindstorm. Secara kasarnya, ianya sebuah robot berbentuk buaya. Model Lego buaya ini menggunakan motor yang akan gerakkan rahangnya dan sensor yang akan kesan objek yang berada di mulut dia.  

Model ini dibina masa trial class minggu lepas. Walaupun cuma 5 orang je sekelas masa tu, tapi boleh tahan jugak letihnya..~_~..  Kanak-kanak zaman sekarang ni sungguh advance. Owh, terima kasih guru-guruku yang telah mendidikku selama ini.

Promoting? Boleh kata jugak lah, for those yang rasa mampu untuk masukkan anak dalam program ni. Basically ada 2 kelas utama, Robotic Class and Junior Engineer (kelas yang saya ajar).

Junior Engineer untuk sekolah rendah. Bermula dari introduction to component, modul2 binatang dll. Setiap modul binatang contohnya Hungry Alligator ni akan menyentuh perkara-perkara seperti Matematik, Sains, dan lain-lain. Silibusnya lengkap. Peserta akan diberi pengenalan topik , cara membina robot, buat programming, discussion dan lain-lain.

Robotic Class pula lebih advance, peserta sepatutnya berumur 12 tahun dan ke atas, tetapi kalau ada peserta dari Junior Engineer yang dikenalpasti capable untuk masuk Robotic Class ni, kita akan bawa dia masuk ke kelas ini. Robotic Class ini juga memang bersedia untuk pertandingan robot seperti Robotic Olympiad dan sebagainya.  Contoh pertandingan boleh tengok di sini,  http://www.wroboto.org/. Orang dewasa pun boleh sertai. Untuk tahu lebih lanjut boleh tanya je.

Teringat masa main Lego ni di sekolah menengah dulu, takde pun introduction sangat. Terus-terus je kena prepare untuk pertandingan. Masa tu namanya Malaysian Junior Robotic Competition. Walaupun menangis dengan cikgu tak mahu pergi ke level pertandingan seterusnya sebab nak exam percubaan SPM, tapi,….. terpaksa jugak pergi.


Menyelit jugaklah nak update blog di musim-musim yang agak busy ni. Busy dunia je ni.. T_T