Assalamualaikum wbt
Komunikasi….
Susahnya nak sampaikan sesuatu kalau komunikasi tak berlaku dengan baik. Banyaknya salah faham dengan kelemahan komunikasi. Dalamnya luka di hati bila komunikasi yang diharapkan gagal berlaku dengan lancarnya. Sulitnya komunikasi bila hati dan telinga tak mahu mendengar. Payahnya komunikasi bila ego dibiarkan beraja. Lagi pahitlah komunikasi bila tiada akhlak baik yang menceriakannya. Lagi mustahil komunikasi yang baik jika terus disampahi dengan sangkaan-sangkaan buruk berpanjangan.
Adakah kita terima ‘komunikasi’ dengan cara diam berpanjangan, ‘komunikasi’ dengan air mata, ‘komunikasi’ dengan hilangnya kelibat di depan mata berlama-lama, ‘komunikasi’ dengan bahasa badan yang menyentap hati, ‘komunikasi’ dengan perantara… Hati yang dah terluka, biasanya tak sesegeranya pulih seperti biasa…
Lembutkanlah hati, lunakkanlah lidah bila berkomunikasi.. telinga dan hati yang mendengar itu terlalu rapuh dan mudah ‘pecah’.. Sabarlah diri bila hati terasa terlalu jauh untuk berkomunikasi… Akal, tolonglah fikirkan ayat yang sesuai dan bertindak sesepatutnya… Walaupun kadang kala terpaksa kau tekan jauh perit di hati hanya untuk memelihara komunikasi.
Wahai hati,
Bukakan telinga untuk mendengar walaupun kau mungkin bukan pendengar yang baik. Lawanlah egomu walaupun dulu kau memang ego orangnya. Cantikkanlah akhlakmu sebab kamu sendiri suka bila orang berakhlak baik. Lesapkanlah sangkaan buruk walaupun manusia memang selalu dipenuhi dengan sangkaan demi sangkaan. Redakanlah ammarah, kawallah rajukmu. Besarkan hati, berikan maaf, sebarkan sayang.
Manusia,
Ragamnya pelbagai.. dirimu juga tidak sempurna. Tapi, ada komunikasi yang takkan mengecewakan bukan? T_T…. Tuhanku Maha Mendengar . Peliharalah komunikasi di kalangan kami supaya mudah dan baik, Ya Allah.
Cuma kadang-kala komunikasi itu memang ditakdirkan untuk jadi tidak sempurna.... kerana mungkin ada hikmahnya...
1 comments:
ade merajuk dgn sape2 ke?
Post a Comment