Pages

Thursday, September 20, 2012

Yang Bernama Komunikasi

Assalamualaikum wbt

Komunikasi….
Susahnya nak sampaikan sesuatu kalau komunikasi tak berlaku dengan baik. Banyaknya salah faham dengan kelemahan komunikasi. Dalamnya luka di hati bila komunikasi yang diharapkan gagal berlaku dengan lancarnya. Sulitnya komunikasi bila hati dan telinga tak mahu mendengar. Payahnya komunikasi bila ego dibiarkan beraja. Lagi pahitlah komunikasi bila tiada akhlak baik yang menceriakannya. Lagi mustahil komunikasi yang baik jika terus disampahi dengan sangkaan-sangkaan buruk berpanjangan.

Adakah kita terima ‘komunikasi’ dengan cara diam berpanjangan, ‘komunikasi’ dengan air mata, ‘komunikasi’ dengan hilangnya kelibat di depan mata berlama-lama, ‘komunikasi’ dengan bahasa badan yang menyentap hati, ‘komunikasi’ dengan perantara… Hati yang dah terluka, biasanya tak sesegeranya pulih seperti biasa…

Wahai jiwa,
Lembutkanlah hati, lunakkanlah lidah bila berkomunikasi.. telinga dan hati yang mendengar itu terlalu rapuh dan mudah ‘pecah’.. Sabarlah diri bila hati terasa terlalu jauh untuk berkomunikasi… Akal, tolonglah fikirkan ayat yang sesuai dan bertindak sesepatutnya… Walaupun kadang kala terpaksa kau tekan jauh perit di hati hanya untuk memelihara komunikasi.

Wahai hati,
Bukakan telinga untuk mendengar walaupun kau mungkin bukan pendengar yang baik. Lawanlah egomu walaupun dulu kau memang ego orangnya. Cantikkanlah akhlakmu sebab kamu sendiri suka bila orang berakhlak baik. Lesapkanlah sangkaan buruk walaupun manusia memang selalu dipenuhi dengan sangkaan demi sangkaan. Redakanlah ammarah, kawallah rajukmu. Besarkan hati, berikan maaf,  sebarkan sayang.

Manusia,
Ragamnya pelbagai.. dirimu juga tidak sempurna. Tapi, ada komunikasi yang takkan mengecewakan bukan? T_T…. Tuhanku Maha Mendengar . Peliharalah komunikasi di kalangan kami supaya mudah dan baik, Ya Allah.

 Alor buruknya merajuk...

Cuma kadang-kala komunikasi itu memang ditakdirkan untuk jadi tidak sempurna.... kerana mungkin ada hikmahnya...

Friday, September 14, 2012

Journey to be a 'Mak Ngah'

Assalamualaikum wbt

“Baby tak keluar lagi, tunggu mak ngah balik,” dialog mak di saat-saat kami menanti kelahiran ahli baru, anak saudara saya. Dari lepas zuhur kakak dah masuk labour room, tapi masih tak bersalin lagi. Sejak semalamnya sudah dimasukkan ke wad. Baju, tilam, toiletries, bedak-bedak, pampers etc keperluaannya dah siap sedia untuk digunakan. 
Mak ngahnya? Tika itu sedang bertungkus lumus betul menyiapkan kerja-kerja duniawi mana termampu di hari SABTU!~… Cadangnya nak memecut pulang awal pagi Sabtu, akhirnya, sekitar pukul 3 ptg juga…. Sendiri memandu pulang ke Johor. Bujang la katakan… mestilah sorang.. ye dop?

Sebenarnya dulu saya tak berapa berkenan dengan title 'mak ngah' tersebut... 'Aunty Zila' sounds better. Haaa... but at last, kena jugalah pasrah dengan norma-norma kebiasaan panggilan melayu ni. 
Akhirnya cik kenit itu keluar juga melalui operation ketika hari hampir menjelang tengah malam. Esoknya kami berjumpa dengan cik kenit... Yaaa, dia agak besar di situ.. Huhu~

Bulan pertama sangat mencabar menjaga cik kenit. Asyik nangis je... Sian my kakak, staying up, burning the mid night oil I would say, EVERYDAY~... Mujur encik abang ipar sangat membantu untuk take turn, though akan pergi kerja awal pagi. Cik kenit pulak menangis lebih kurang setiap sejam..Hu~ Mampu??

Akhirnya, masuk bulan kedua... cik kenit sudah mula behave. Baru nak berbedung sebab selama ni dia tanak bedung, dia menangis dengan dahsyatnya sebab tak dapat main bola macam masa dalam perut mama dia kot (hiperbola~)... Tapi, dia asyik tidur je... Sedikit boring di situ..

Nak masuk bulan ketiga, mak ngah selalu paksa cik kenit borak-borak.. Ya, dia sudah pandai berborak. Dengan mak ngah saja...Haha~ pakang muke (padan muka) mama dia... Disebabkan mak ngah selalu tak ada, skill bercakap dengan 2 months infant dah dipaskan pada mama dia. So, cik kenit kena layan mama dia pulak cakap-cakap. 

Cik Kenit juga sudah pandai senyum dan mula recognize people. Dia sudah boleh bezakan orang besar dan kecik... Bila jumpa geng-geng sebaya dia, mula lah dia excited nak implement skill bercakap yang dia baru belajar dari mak ngah dia... Gud boy~

Ok, please wait for me for another new skills to be found out. 

Cik kenit terus membesar,.... dengan cepatnya. Buat mak ngah terfikir... anda sepatutnya telah lama menyediakan diri untuk being a mother. Sebab, untuk belajar ketika cik kenit sedang membesar, you might be missing something for him. 

Thank you Allah, kerana mengizinkan cik kenit bersama kami. Banyak yang dapat saya belajar. Dan yang saya fikir. Semoga cik kenit aka  Muhammad Dani jadi anak soleh. Aminn~











Thursday, September 13, 2012

Speechless~

Assalamualaikum wbt
Jujurnya, diri ini masih lagi mencari-cari apa yang boleh kuselit dalam blog yang semakin berhabuk ni..
Untuk maintainkan blog? Mungkin.. tapi kuingatkan balik. Ia lebih daripada itu. Saham. Saham free yang Allah sahaja yang tahu siapa yang mengambil kebaikan daripada tulisan-tulisan yang ada di sini.
 Sudahlah aku ini bukan insan terbaik yang dipilih dan terpilih untuk bersama dengan golongan bekerja untuk agama atau sentiasa berbuat kebaikan. Kebanyakan masaku mutakhir ini perlu atas kesedaran dan kehendak diri, berdiri dengan sendiri dan berusaha untuk membaiki diri dan mencipta amal-amal yang boleh dibuat di rumah. Masa senggang itu ujian sebenarnya. Mungkin sudah sampai masa aku perlu berhijrah lagi. Hijrah untuk terus menyibuk… menyibukkan diri.. Walaupun ku belum lagi jadi insan yang rajin, belum juga jadi insan tokoh yang mampu sentiasa memimpin atau membuat pembaharuan, belum juga jadi insan gagah yang mampu berdiri sendiri di kala orang lain semuanya jatuh mahupun diam terduduk. Sudah banyak sangat masa diri ini tak jadi begitu bermanfaatT_T~.
Sekurang-kurangnya, masih ku boleh bersyukur atas rasa yang Allah kurniakan ini.. Ya, rasa ini. Rasa bersalah sebab banyak sangat masa lapang.. haish…..
Oleh itu, mari pasang aim masing-masing apa yang boleh diisi dengan masa lapang ni untuk kegunaan masa sempit. Juga masa muda ni sebelum masa tua. Have few in mind…. Bantu kami Ya Allah~


Jom tuntut ilmu~

Thursday, September 6, 2012

Lil Thingie~

Assalamualaikum wbt


Selamat Hari Raya=)!!!~~

Makhluk kenit yang dah semakin membesar.....





Stoking tu yang mengecik ke kaki yang dah besar?=)



Monday, August 13, 2012

Tangan Panjang??

Assalamualaikum wbt

Cerita ni berlegar-legar di kepala mutaakhir ini =)..

***************

Telah diriwayatkan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW, bahawa kebanyakan isteri-isteri Rasulullah SAW adalah dalam usia muda belaka, sedangkan Rasulullah telah menjangkau usia tua. Mereka membayangkan bahawa seandainya Allah SWT mewafatkan Rasulullah ketika itu, pastilah mereka akan menjadi balu dalam usia muda belaka. 

Kebanyakan mereka berharap jika Allah mengizinkan maka inginlah mati bersama-sama Rasulullah, kerana jika mereka mati dahulu akan dapat segera bertemu Rasulullah semula. Lantaran itu, ada di antara mereka yang berbincang sesama sendiri siapakan yang akan pulang ke hadrat Allah seiring dengan kewafatan Rasulullah.

Pada suatu ketika, para isteri Rasulullah SAW telah bertanyakan kepada Nabi, siapakah di antara mereka yang akan dimatikan Allah seiring kewafatan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah memberitahu para ummahatul mukminin itu, bahawa isteri Nabi yang akan kembali ke Rahmatullah seiring kewafatan Nabi ialah mereka yang "tangan panjang" yang akan cepat jumpa Rasulullah. 

Sebaik sahaja mereka mendengar jawapan Rasulullah SAW itu, mereka pun berpakat dan bergilir-gilir untuk mengukur tangan-tangan mereka, siapakah di antara mereka yang panjang tangan. Lalu, mereka dapati bahawa Siti Sa'odah yang tangannya lebih panjang dari kalangan isteri-isteri Nabi. 


Tetapi selepas beberapa ketika Rasulullah wafat, tiba-tiba mereka dapati mereka yang segera menyusul pulang ke rahmatullah bukannya Siti Sa'odah, sebaliknya yang mati dahulu adalah Zainab. Dengan peristiwa itu, mereka memikirkan semula apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan  "tangan panjang" oleh Rasulullah SAW itu. 

Isteri Rasulullah SAW yang bernama Zainab itu mengikut riwayat mempunyai perusahaan sendiri. Beliau seorang pengusaha kulit dan peniaga kulit-kulit binatang. Perniagaannya sangat maju kerana penggunaan kulit ketika itu sangat meluas. Kesannya, kurang kebergantungan Zainab dengan pemberian dari suami sendiri iaitu Rasulullah SAW sendiri. 

Justeru, Zainab telah menggunakan sebahagian besar dari laba keuntungan perniagaannya untuk berderma dan bersedekah membantu orang-orang susah dan sebagainya. Maka terkenallah di kalangan isteri Nabi SAW yang memanjangkan tangan menghulurkan bantuan ialah Zainab. 

Dengan demikian, maka fahamlah para ummahatul mukminin bahawa yang dimaksudkan "tangan panjang" itu bukan ukuran pada fizikal yang panjang, sebaliknya ia membawa erti tangan yang banyak memderma, memanjangkan tangan membantu dan berbuat kebajikan untuk meringakan penderitaan orang lain. 

Peribahasa "tangan panjang" yang diberitahu oelh Rasulullah SAW itu amatlah berbeza dengan "tangan panjang" yang menjadi peribahasa orang Melayu, kerana bagi orang Melayu memahami maksud "tangan panjang" itu ialah orang yang mengambil harta benda orang lain di luar pengetahuan pemiliknya, iaitu sebagai pencuri atau penyamun. 

Sumber:
Buku Mutiara 2 Tok Guru.


Tuesday, July 31, 2012

Two Fine Days in Ramadhan...


Pengajaran Ramadhan…

Assalamualaikum wbt=)
Dapat pun tulis lagi… dah masuk hari ke 10 Ramadhan…~
Terus kepada point untuk hari ni, no belok-belok..

Pengajaran 1:

Di suatu petang yang damai, di bulan Ramadhan… tatkala di office sedang menghabiskan kerja-kerja dunia yang tak berkesudahan (ayat~)… saya menerima mesej daripada Kak Rafizah tentang list program-program di bulan puasa. Bersusun-susun, dan program pertama bermula pada hari itu juga dengan iftar di rumah Pak Cik Amjal.. dan macam biasalah, bukan datang makan je, pastilah ada sedikit pengisian daripada orang-orang yang berkenaan.

Kepada yang tinggal di sekitar Pantai Dalam, Universiti Malaya dan Kerinchi secara khususnya sepatutnya familiar dengan nama ni. Pak Cik Amjal ada kedai makan di berdekatan dengan pintu UM sebelah Kerinchi, bertentangan dengan stadium hoki.

Orangnya berbadan kecil saja, ala-ala TGNA. Walaupun sudah berusia pertengahan 70an, Pak Cik Amjal masih nampak cergas. Orangnya bukan calang-calang. Ini bukan kali pertama kami diajak ke jamuan makan di rumahnya. Boleh kata sebulan ada dalam 2 kali. Dan tetamu yang hadir bukannya sekerat dua, mau penuh juga ruang-ruang rumah bawahnya yang besar tu. Sangat komited dan pemurah=).. Best lagi, sebab makanan yang dihidangkan juga sedap-sedap belaka. Bukan pasal makanan yang nak dicerita sebenarnya. (Apela kamu ni Zila, easily distracted~).

Kembali ke laluan plot cerita yang sebenar. Maka pada hari tersebut, usai pulang dari office mencari sesuap rezeki, saya dan housemates lagi menunggu detik yang sesuai untuk berangkat ke rumah beliau. Lebih kurang 650pm, kami bersiap untuk berangkat. Kalau perjalanan dari rumah di Bangsar ke rumah Pak Cik Amjal, sebenarnya tak sampai 5 minit kalau traffic light tak merah.

Saya mengambil u-turn di depan masjid UM untuk ke arah rumah Pak Cik Amjal. Tiba-tiba terperasan kelibat seorang  pakcik sedang berjalan. No! Not a 'pakcik', I would say a ‘datuk’. Jalannya sudah tak gagah lagi. Niat hati nak menumpangkan walau ke mana arah atuk tersebut, tapi dah terlepas la pulak. Dia berjalan di tepi lane paling kanan. Terkedu kami sekejap, terus mata mencari-cari parking yang sesuai di tepi restoran Pak Cik Amjal. ‘Nak ke mana agaknya atuk tadi time-time macam ni…’  Hanya mampu mendoakan semoga urusannya dipermudahkan.


Bukan gambar sebenar

Tiba di ruang tamu, rumah sudah penuh rupanya.. ‘Lambat dah ke ni?’ Tetamu yang lain sedang tekun mendengar pengisian dari Ustaz Adlin tentang umat Islam Rohingya di Myanmar. Satu demi satu lagi tetamu yang kelambatan masuk mencari ruang kosong di ruang tamu. Dan, masuklah satu kelibat yang macam pernah ku lihat tapi di mana yaa…  Atuk! Atuk di tepi jalan tadi, masuk terus duduk di depan saya mendengar pengisian.

Saya membayangkan beliau berjalan mungkin dari Kampung Kerinchi, atau mungkin dari area Bukit Angkasa. Boleh tahan jauh juga, mau berpeluh juga ni. Saya pula, naik kereta, dengan air-cond… pun datang lambat~Terasa bersalah sangat sebab tak tumpangkan atuk tadi..T_T

Semoga Allah berkati atuk.. Cuma kerana atuk, saya belajar sesuatu hari ini…. Terima kasih atuk..


Pengajaran 2:

Qaswa meluncur di jalanan, selepas magrib. Kami dari Kg Setia Jaya selepas habis program amal bubur lambuk dengan IMProf menuju ke Masjid Abu Bakar, Bangsar.

“Lambat juga dah kita ni ye, agak-agak ada parking lagi ke?” Isyak sudah pun masuk. Pasti kami ketinggalan Isyak berjemaah di masjid tersebut. Terbayang juga kereta-kereta bersusun yang lazimnya berlapis-lapis walaupun datang sebelum Isyak.

“Ke nak solat Jemaah di rumah?” Yang mana-mana pun pada saya tetap baik juga. Cuma bila di masjid rasanya lebih indah lagi.

“Kita cuba try test je la dulu… kalau ada parking, adalah.” Kawan saya menyahut.

Alhamdulillah ada parking, agak tak disangka-sangka. ‘Memang rezeki la ni,’ hati mengiakan.
Kami ke saf belakang untuk solat Isyak memandangkan Jemaah sudah pun mula solat Terawih. Sedang bersiap-siap untuk solat, saya tertoleh ke sebelah kiri masjid. Penghadang bahagian perempuan tak tertutup sepenuhnya, buat saya nampak bahagian solat untuk lelaki. Dan tak semena-mena, ketika itu juga, muncul seorang lelaki berkopiah sedang mencari-cari ruang untuk solat. Kakinya cacat kedua-dua. Dia gunakan kedua tangan untuk bergerak. Terus dia ke arah saf belakang untuk solat. Terkesima lagi. ‘Sedang yang kurang upaya pun nak solat di masjid…’ 

Teringat satu cerita zaman dulu yang ada lagu dia, 'Tidak ku pinta lahir ke dunia, tidak ku duga cacat begini...'





Allah tegur kami lagi… Thanks Allah for the lessons.










Friday, July 20, 2012

Rasulullah SAW bersama Muaz RA



Assalamualaikum wbt

Fuhh, fuh.... blog da berhabuk...

Ramadhan Kareem!!=) Esok insyaAllah bermula Ramadhan 2012. 

*******************

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:

"Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!"

Jawabku, "Ya, Sayidil Mursalin."

Sabda Rasulullah SAW, "Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak."

"Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya."

"Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah,

"Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang
mengumpat".

"Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,

"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain."

"Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, "Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong."

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya,

"Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,

"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub."

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,

"Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad."

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,"Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini."

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah shalat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.

Tetapi penjaga pintu langit berkata,

"Saya ini penjaga sum'ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riya'. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riya'."

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni shalat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah SWT.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan,

"Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak bisa menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui."

"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi."

"Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?" "Laknat-Ku tetap padanya."

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:

"Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka." Dan semua yang di langit turut berkata,"Tetaplah laknat Allah kepadanya
dan laknat orang yang melaknat."
 Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadist ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata,

"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan ini?"

Sabda Rasulullah SAW, "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan."

Muaz bertanya kembali,"Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah si Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan bisa lepas dari bahaya tersebut?"

Bersabda Rasulullah, "Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain."

"Jangan riya' dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyak perasaan orang lain dengan mulutmu, karena kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka jahanam."

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,"Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia."

Muaz berkata, "Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?"

Jawab Rasulullah SAW,

"Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka."