Pages

Saturday, August 23, 2008

Ratapan Gadis di atas Kubur

Dengan rambut terurai yang kusut masai, seorang gadis kecil berlari-lari sambil menangis mengikut jenazah ayahnya yang diusung menuju tempat perkuburan. Melihat iringan jenazah melalui hadapan rumahnya, Hasan Al-Basri yang duduk di depan pintu bangun dan bergabung dengan iringan tersebut.

“Ayah, mengapa begitu singkat umurmu?” ratap gadis kecil itu mengikut iringan itu.

Hasan Al-Basri melihat keadaan gadis itu hatinya merasa tersentuh, perasaannya menjadi hiba. Takdir telah menentukan bahawa gadis sekecil itu harus kehilangan bapa, padahal gadis seumurnya sangat memerlukan perlindungan dan bimbingan seorang bapa.

Keesokan harinya, ketika Hasan Al-Basri kembali duduk di muka pintu seperti hari kelmarin, gadis kecil itu melalui di hadapan rumahnya lagi. Gadis itu berlari-lari kecil sambil meratap dan menangis menuju makam ayahnya. Perkara itu membuatkan Hasan Al-Basri mengikutnya dari belakang. Dia ingin tahu apa yang akan dibuat oleh gadis kecil itu. Setibanya di pemakaman, Hasan Al-Basri melihat gadis kecil itu memeluk makam ayahnya, pipinya diletakkan di atas longgokan tanah sambil meratap. Dari persembunyiannya, Hasan Al-Basri selalu mengikut apa yang dilakukan oleh gadis kecil itu dan dia mendengar apa yang diucapkannya.

“Ayah, malam ini engkau sendirian terbaring dalam kegelapan kubur, tanpa lampu penerang dan penghibur. Jika malam kelmarin, aku masih boleh menyalakan penerangan untukmu. Tapi sekarang, siapakah yang menerangimu dan siapa pula yang menghiburmu? Ayah, malam kelmarin aku masih boleh membentangkan tikar untuk alas tidurmu, tapi sekarang siapakah yang akan membentangkan tikar untukmu? Jika malam kelmarin aku boleh memicit tangan dan kakimu, sekarang siapakah yang akan memicitmu?” terdengar rintihan memilukan dari gadis kecil itu. Hasan Al-Basri yang terdengar dari tempat persembunyian menjadi tersentuh hatinya.

“ Ayah, jika kelmarin aku yang menyelimut tubuhmu, tetapi kini siapa yang telah menyelimutmu malam tadi,” kembali terdengar suara gadis itu di antara isak tangisnya. “Kelmarin engkau masih boleh memanggilku Ayah, dan aku menjawab untukmu, tetapi semalam siapa yang engkau panggil dan siapa pula yang akan menjawabmu?”

“Ayah, jika kelmarin engkau minta makan dan aku yang melayani, apakah kau semalam minta makan? Dan siapa pula yang melayanimu? Dahulu aku yang selalu memasak makanan untukmu, tetapi kelmarin siapa yang memasak untukmu?”

Kerana tidak tahan mendengar ratapan-ratapan mengharukan gadis kecil di atas makam ayahnya itu, Hasan Al-Basri keluar dari persembunyiannya dan mendekati gadis itu, tiadk terasa air matanya menitis jatuh kerana terharu.

“Anakku, janganlah au berkata seperti itu,” kata Hasan Al-Basri setelah berusaha menenangkan hati gadis kecil itu. “Seharusnya ucapkanlah kata seperti ini:

Ayah, kau telah kukafani dengan kain kafan yang bagus, masihkah kau memakai kain kafan itu? Dan kata orang soleh bahawa, kain kafan orang yang telah meninggal ada yang diganti dengan kain kafan syurga dan ada pula yang dari neraka. Kain kafan dari mana yang ayah kenakan sekarang?

Ayah, kelmarin aku telah meletakkan tubuhmy yang segar bugar dalam kubur, masih segarkah tubuhmu hari ini?”

Gadis kecil itu terus sahaja mendengarkan ucapan yang dicontohkan Hasan Al-Basri tanpa henti.

“Ayah, orang-orang alim mengatakan bahawa semua hamba esok ditanya esok ditanya tentang imannya. Di antara mereka ada yang boleh menjawab, tetapi ada juga yang Cuma membisu. Yang kufikirkan, apakah ayah boleh menjawab atau hanya membisu?

Ayah, katanya bahawa kubut itu boleh dibuat menjadi luas atau sempit. Bagaiman kubur ayah sekarang, bertambah luas atau bertambah sempit? Dan kubur itu katanya merupakan sebahagian taman dari taman syurga, tetapi boleh juga merupakan sebuang lubang adri lubang neraka. Yang sedang kufikirkan, bagaimana kubur ayah sekarang? Taman syurga atau lubang neraka?

Ayahku, katanya bahawa liang kubur boleh menghangati mayat dengan memeluknya seperti pelukan ibu terhadap anaknya, tetapi boleh juga juga merupakan lilitan erat yang menghancurkan tulang-tulang. Bagaimanakah keadaan tubuh ayah sekarang? Jangan-jangan ayah dihimpit lubang kubur.

Ayah, orang soleh mengatakan, orang dikebumikan itu ada yang menyesal mengapa dahulu semasa hidupnya tidak memperbanyakkan amalan baik, justeru menjadi penderhaka, dan banyak melakukan maksiat. Yang kutanyakan pada Ayah, apakah engkau termasuk orang yang menyesal kerana perbuatan maksiat atau menyesal kerana sedikitnya melakukan amal kebaikan?

Ayah, dulu setiap kali aku memanggilmu engkau selalu menjawab, tetapi kini engkau kupanggil-panggil tidak lagi mahu menjawab. Kini engkau telah berpisah denganku, dan tidak akan berjumpa lagi hingga hari kiamat. Semoga Allah tidak menghalang perjumpaanku denganmu.”

Demikianlah beberapa nasihat Hasan Al-Basri yang disampaikan kepada gadis kecil itu dalam meratapi ayahnya yang sudah meninggal.

“Sungguh baik nasihat bapa, aku sangat berterima kasih sekali,”kata gadis itu.

Kemudian, Hasan Al-Basri mengajak gadis itu pulang, meninggalkan kubur ayahnya.

[petikan dari buku Cerita-cerita Inspirasi untuk Kecemerlangan Diri Wanita]

Moral of the story:

Antara pengajaran yang boleh diambil ialah, kasihi ibu bapa selagi mereka masih lagi hidup di dunia.

Firman Allah:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Surah Al-Israa’:23

Sesungguhnya mati itu adalah pasti sebagaimana firman Allah:

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya. (Surah Yunus:49)

Friday, August 22, 2008

HITAM

Bismillahirrahmanirrahim

Di kesempatan yang singkat ini, saya cuba menulis juga di samping membersihkan ‘habuk2’ di blog ini=)

Ada apa dgn 21 Ogos? Pada 21 Ogos 1969, seorang warga Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga paling mulia bagi penganut Islam. Dalam peristiwa itu, mimbar Al-Aqsa hampir runtuh. Dalam peristiwa kebakaran tersebut, pihak briged bomba tidak pun datang untuk memadamkan kebakaran walaupun balai bomba terletak berhampiran dengan Al-Aqsa. Namun dengan kekuasaan Allah, akhirnya api yang marak itu terpadam dan keadaan masjid kembali selamat. Orang Yahudi berpura-pura mengambil tindakan dengan kononnya ingin menyelesaikan masalah tersebut di mahkamah mereka. Michael mendakwa dia dihantar oleh Tuhan untuk membakar Al-Aqsa dan akhirnya laktullah tersebut dibebaskan atas alasan kurang siuman oleh si Yahudi. Negara-negara Islam bersatu untuk mempertahankan bumi suci Palestin. Semenjak hari itulah, 21 Ogos pada setiap tahun dikenali sebagai Al-Quds Day.

[terjemahan daripada artikel sempena Remembrance of Al-Quds 2008 di UTP]

Pada 21 Ogos 2008 kami bersama-sama mengenakan pakaian serba hitam. Bukanlah sebagai tanda berkabung, sebaliknya sebagai satu tanda bersama-sama berkongsi kesedihan, kegelapan dan kekejaman pada saudara-saudara di Palestin yang sudah beratus tahun dijajah.

Apa yang ingin dikongsi di sini, ada kita sedar dan peduli kesengsaraan saudara-saudara kita yang dilanda kekejaman? Bukan hanya di Palestin, bahkan Iraq, Kosovo, Lubnan, Afghanistan, Thailand, dan banyak lagi. Apakah pertolongan kita pada mereka?

Hadis Rasulullah saw:

“Sesiapa yang bangun pagi tanpa mengingati Allah swt. atau tidak berminat untuk berusaha semata mata untuk Allahs swt. maka Allah swt. tidak kena mengena dengannya. Dan sesiapa yang bangun pagi dengan tiada mengambil berat hal ehwal kaum muslimin bukanlah sebahagian dari kita.”

Sempena mengimbau peristiwa Al-Aqsa, saya ingin mengajak anda memperingati peristiwa-peristiwa kekejaman tentera Zionis dan gerila-gerila Yahudi pada umat Islam di Palestin.

31 Mac 1948, kumpulan militan dan pengganas Yahudi yang dikenali sebagai Hajnah membunuh semua penduduk Kampung Abu Kabir yang cuba melarikan diri.

9 April tahun yang sama, kumpulan Hajnah dan Argun yang diketuai oleh Manachem Bergin (kemudiannya menjadi perdana menteri Israel) membunuh 250 orang Islam di Dir Yasin, 100 daripadanya wanita. Penduduk yang masih hidup diangkut dengan trak dan diarak di hadapan penduduk Yahudi untuk dilontar dengan batu.

14 mei 1948, hari British mengakhiri penjajahannya ke atas bumi Palestin, menyaksikan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengganas Israel ke atas 50 umat Islam di Kampung Abu Syasyah. Sebahagian mereka ditembak dengan senjata api dan sebahagian yang lain pula dipecahkan kepala mereka dengan kapak.

11 Julai 1948, Komando Yahudi diketuai oleh Moshe Dayan menyerang kampong Al-Lad. Umat Islam lari menyelamatkan diri ke dalam masjid. Namun, mereka dikepung dan dibunuh di situ. Seramai 176 orang dibunuh di masjid berkenaan. Mereka yang hidup dihalau keluar. Sebahagian mereka meninggal dunia di pertengahan jalan kerana kelaparan.

29 Oktober pula pembunuhan kejam di ‘Albiyyun. Semua penduduk diarah berkumpul di sebuah kawasan lapang. Mereka ditembak dari semua arah.

Pada hari terakhir tahun berkenaan 31 Disember 1948, kumpulan Hajnah sekali lagi menyerang dan membunuh 60 penduduk Islam di Kmapung As Syeikh. Kebanyakan mereka dibunuh di dalam rumah sendiri.

Peristiwa yang menggemparkan dunia, di mana berlakunya pembunuhan beramai-ramai umat Islam di dua perkhemahan perlarian iaitu di Sabra dan Syatilla, Selatan Lubnan. Tiga hari berturut-turut (16-18 September), tentera Israel pimpinan Ariel Sharon melakukan keganasan membunuh lebih 3000 orang Islam di situ.

Mari kita imbau juga perjuangan salah seorang mujahid Palestin termasyhur yang syahid Ahmad Ismail Yasin, atau dikenali sbg Syeikh Ahmad Yasin yang juga pengasas Harakatul Muqawamatil Islamiyyah (HAMAS). Sungguhpun seluruh tubuhnya lumpuh, hilang upaya melihat pada maya kanannya dan kabur mata kirinya, pihak Zionis masih gerun dengan tokoh ini. Bahkan berkali-kali serangan untuk membunuhnya dilancarkan. Dan akhirnya, pada hari Isnin 22 Mac 2004, di kala masyarakat Malaysia sibuk menerima keputusan pilihanraya umum, Allah memperkenankan cita-cita tokoh utama perjuangan umat Islam Palestin ini untuk menyertai rombongan syuhada’. Ketika itu, beliau baru sahaja selesai berjemaah solat Subuh di masjid.

Firman Allah :

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya). Surah Al-Ahzab:23


Apakah perasaan anda? Adakah anda masih buat tak endah akan saudara-saudara seIslam kita di luar sana?

Dan untuk peringatan kita pada hari ini dan seterusnya, adakah kita telah mendoakan saudara-saudara kita hari ini??


Monday, August 4, 2008

Hari ini dalam sejarah

Hari ini dalam sejarah hidup berjaya jga mederma darah. Kalau sebelum ni, dapat tgk shbt2 yang menderma dari luar je. Alasannya, “ Saya takut jarum.” Mulanya memang tak nak. Senyum-senyum sambil menggeleng bila pekerja hospital kat dalam tanya adekah saya nak menderma. Sememangnya dah lama mahu menderma tapi selalu tak berkesempatan atau tak datang lagi keberanian. Nasib baik tadi ade seorang senior muslimat sama-sama ingin menderma. Kami pon masuk bersama-sama.

Dari tangan kiri ke tangan kanan. Akhirnya tersalah cucuk pulak. Ingatkan nak lari dah. Mujur orang dalam bilik derma darah tak ramai. Penderma-penderma lain pon terjengah-jengah saya si katil. “ Haish, janganlah pandang-pandang. Orang tengah nervous nih,” bisik dalam hati. Ada jururawat yang bercerita tentang muka saya yang katakutan pada kakak senior saya. Kakak senior saya memandang dari katil depan member sokongan moral. Datang pula seorang lagi jururawat. “Sekali lagi je,dik. Boleh?”. Saya mengangguk. Proses menderma bertukar semula ke tangan kiri. “Sekali ni je tau. Kalau tak dapat jgak, sya cancel,” cakap dalam hati jela.

Akhirnya, dapat jgak menderma. Tak ingat berapa lama berada dalam bilik menderma darah tu. Tapi lepas melalui kesukaran bersame jarum yg besar tersebut, semua berjalan lancar. Tapi tangan yang tersalah cucuk ni pula yang lebih sakit. Ujian~

Setelah beberapa lama berehat seketika lepas satu pain darah dikeluarkan, maka berangkatlah saya keluar dengan penuh rasa berjaya. Ucapan-ucapan tahniah bertubi-tubi diterima. Demikianlah pengalaman menderma darah buat kali pertamanya hari ini.

Moral of the story, ni baru jarum ambil darah. Belum lagi kena pedang, tombak mahupun panah. Disebut dalam siri perang Badar, seorang pemuda bernama Muadz bin Amru melihat Abu Jahal sedang dikelilingi oleh beberapa orang tentera Quraisy. Dia menerpa ke arah ketua tentera Quraisy itu lalu melibaskan senjatanya mengenai betis Abu Jahal. Ikramah anak Abu Jahal yang berada di situ bertindak balas berjaya menetak tangan Muadz hampir putus. Namun Muadz tidak mengalah. Dia terus menyerang Abu Jahal. Apabila Muadz merasa tangannya yang terkulai itu menyusahkan dia menyerang maka dipijak tangannya yang terkulai itu sehingga putus. Kemudian dia terus menyerang Abu Jahal. Abdullah bin Masud yang melihat peristiwa itu datang membantu lalu berjaya memenggal leher Abu Jahal sehingga putus.

Ternyata sebatang jarum itu tidak lagi sebanding senjata mereka. Bahkan, dicucuk dua kali dengan jarum tersebut tidak sama dengan kesakitan dilibas dengan pedang, bahkan merentap tangan yang terkulai sendiri hingga putus. Allahuakbar!~

**Senyum selalu**

Sunday, August 3, 2008

Bukan Salah Ibu Mengandung....

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera untuk semua. Tergerak hati saya untuk menulis selembar coretan untuk kali ini.

Digemparkan dengan berita pembuangan mayat bayi di sebuah IPT di Malaysia. Tiba-tiba hati saya rasa sayu. Bayi yang tak berdosa menjadi mangsa perbuatan manusia yang terlupa batas dosa pahala. Salah siapa? Salahkah ibu yang mengandung? Atau bapa? Adik beradik? Guru di sekolah? Kawan-kawan yang mengajak buat perkara yang tak sepatutnya? Atau jiran tetangga yang tidak hirau hal orang di sebelah rumahnya? Atau kerana lelaki yang merosakkan lagi tidak bertanggungjawab? Atau salah rakan-rakan sekelas yang tidak mengingatkan? Kakak-kakak atau abg-abg senior yg sepatutnya membimbingnya? Atau pemimpinnya? Atau salah SAYA?

Dalam kebejatan isu sosial yang semakin menular, menjadi kewajipan kita selaku saudara seislam untuk saling mengingatkan. Dalam Surah Ali-Imran, ayat 104, Allah berfirman yang bermaksud :

Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Allah SWT juga memberi peringatan dalam Surah Al-Isra, ayat 16 yang bermaksud :
Apabila Kami hendak menghancurkan satu perkampungan itu, Kami banyakkan bilangan orang kaya dan mereka melakukan perbuatan fasik, sehingga berhaklah Tuhan menghukum dan Kami akan hancurkan.

Kejadian ini bukan luar biasa wahai sahabat sekalian. Bahkan sudah muak dan jelak didengar di media massa. Hikmahnya, kita disentap dan direntap dengan peringatan dariNya. Di mana kita hingga ada yang jadi begini? hingga wujud kejadian- kejadian seumpama ini di persekitaran kita? Apa telah kita lakukan? Adakah kita salah seorang penyumbangnya?

Simpati. Paling simpati pada bayi tersebut. Tidak diminta lahir ke dunia. Dari cara yang tidak diredha. Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Allah ambil ia kembali. Tak perlu hidup di dunia yang bergelumang dosa.

Sahabat-sahabat,kebanyakan peristiwa seperti ini bermula dengan perkara yang dianggap remeh di kalangan remaja. Couple. Sudah seakan-akan menjadi tabiat yang tidak boleh ditinggalkan di kalangan remaja. Daripada suka-suka dan ingin mencuba, akhirnya terbiasa. Natijahnya? Renungkanlah para sahabat. Tepuk dada tanya iman. Letakkan seketika kegembiraan dan kemanisan di tepi dalam membuat pertimbangan. “Tidak, kami tidak pernah bertemu. Sekadar bersms shj.” “Ala, normal la tu, biasa-biasa je. Kami tahu nak bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.” “Jagalah tepi kain sendiri. Kami tahu apa yang kami buat. Mak ayah kami pon tahu.” Jangankan nanti sudah terhantuk baru nak terngadah. Iblis terlompat-lompat kegembiraan bertepuk tangan kerana misinya berjaya.

Teringat saya akan perbualan dua orang sahabat bila ditanyakan tentang isu ini. Mengapa orang memilih jalan couple. “Saya perlukan tempat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah saya. Perasaan dan masalah yang tak mampu dikongsikan dengan orang lain termasuk ibu bapa dan keluarga.” Ya, kita pantas mencari manusia untuk berkongsi masalah dan perasaan. Lebih-lebih kaum perempuan [saya pon perempuan jga]. Tapi kadang- kala kita terlupa. Siapakah pemberi masalah dan siapakah yang pasti ada penyelesaian bagi setiap permasalahan. Kita selalu merujuk kepada makhluk tapi lupa pada Khaliq.

Ingatlah wahai wanita sekalian akan janji Allah:

Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia. (An-Nur : 26)

Persiapkanlah diri dan baikilah diri untuk menjadi peneman dan penyokong peneman hidup, ibu buat anak-anak yang bakal dilahirkan. Semoga kita di kalangan wanita-wanita yang Allah janjikan lelaki yang baik sebagai peneman hidup, bapa, pemimpin sama ada keluarga, masyarakat atau agama ini sendiri.

Sebelum saya akhiri thread ini. Cuba kita sama-sama renungkan. Hari esok, berapa orang perempuan lagi akan dirosakkan. Berapa orang lagi bayi luar nikah yang akan dilahirkan atau ditinggalkan waima meninggal dunia. Dan di mana kita?


Wajah Suci

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Sunday, September 30, 2007

Second Half

Assalamualaikum wbt.

The match between the nafsu and the iman had been entered the second
half session.From the begining of the match until the end of it,the
refree(Allah) had given the red card as a mandatory penalty to the
satan(syaitan) and had ordered his assistants,tha Malaikats to captured
and force the satan to go out from the match.Which means, the match is
equally one by one. For the previous first half of the time period,
Allah the Almighty had given His rahmah at the first quarter of the
fasting month, and then gave His maghfirah at the second quarter of the
month. These for sure, will be an advantage for those who are fasting
bil iman wah tisaaban.

During the match progress,both fighter(nafsu and iman) had shown their
power.Sometime at the first round of the match, the iman seems very
strong and very enthusiastic where many Masajid are looked crowded in
the night by Muslims&Muslimahs who are performing the Solah. The nights
in the first half of Ramadhan are seems so great with the voices of
tadarus,sounds of Imams and ma'mums praying tarawih and other
activities. Even the laziest ones also fast,sahur and go to pray tarawih
at the mosque.What a wonderful month of Ibadah!!

However,when the match dragged into the second round, it seems like both
fighter are nearly equal.The jamaah at the mosque had been decline
drastically. The nights of the ramadhan had been polluted by the
KABOOMM!!! sounds from the bamboo canon and the carbyde,and also the
firecrackers. The bazaar always full with girls wearing the bodyfit suite
without wearing veils!!More surprisingly is the couples are so...so
many.It seems like the couples have no time to get rest from their
disgusting romance(khalwat) !!! They are spoiling the purity of the
Ramadhan Mubarak!!!

Apart from these, the iman team always make a post moterm from time to
time in order to refresh&recorrect the nawaitu.Are doing this for anyone
other than Allah?Are they doing it the right way by learning the syariat
before doing this ibadah?Or maybe they just follow the other people who
were fasting before them?They always try to refresh and improve their
himmah so that they will be motivated and never give up to their
opponent,the nafsu.

So my sahabah,how are our fast so far?Do we do it the right way, as how
it has to be?Are we fasting only for Allah or otherwise?Ask ourself
honestly,take the chance in this second half match of our iman and
nafsu, to improve our ibadah.May Allah bless us all.Amiin

**************************************************************

Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal
yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu,
dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala
langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang
yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada
masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan
kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan
kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi
orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan
perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka
segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan
dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka
juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka
telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan
salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah
keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal
di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik
balasan (bagi) orang-orang yang beramal - [Ali Imran
- 133-135]


Kini, kita telah pun berada dipertengahan Ramadhan..
[Bulan yg pada awalnya RAHMAT.. pertengahannya
KEAMPUNAN.. dan akhirnya PEMBEBASAN DARI NERAKA] -
Betapa besarnya kurniaan Allah kepada kita dengan
peluang ini.

Bersamalah kita berusaha membersihkan diri kita dari
sebarang kotoran dosa yang sememangnya banyak
melekat pada diri kita, hari-hari yang dipenuhi
RAHMAT telahpun berlalu.. Janganlah pula kita
menjadi golongan yang binasa kerana terlepas
daripada peluang mendapat pengampunan Allah ini..
[Binasa dan rugilah.. mereka yang sempat dengan
Ramadhan.. tetapi tidak mendapat pengampunan Allah]

Formula mendapat keampunan Allah..

1. Menghidupkan Ramadhan dengan keimanan &
pengharapan
Siapa yang menghidupkan (memenuhkannya dengan amal)
Ramadhan, dengan penuh keimanan serta pengharapan
(kepada keredhaan Allah).. Maka diampunkan segala
dosa-dosanya yang telah lalu]

Perbaikilah kualiti puasa kita
Banyakkan tilawah & tadabbur al Quran
Banyakkan bersedekah
Pastikan malam Ramadhan kita tidak berlalu tanpa
Qiamullail

2. Mengampunkan segala kesalahan orang lain kepada
kita[..berikanlah keampunan.. kemaafan.. Tidakkah kamu
suka agar Allah mengampunkan kamu ? Sesungguhnya
Allah itu maha pengampun lagi memberi rahmat]
Ampunkanlah segala dosa & kesalahan org lain kepada
anda Maafkanlah segala dosa ahli keluarga & saudara mara
anda .Sejukkanlah hati anda dengan mengampunkan dosa
manusia, nescaya Allah akan menyejukkan hati anda
dengan kempunanNya

3. Sedekah boleh membawa pengampunan

[Dan jika kamu memberi pinjaman kepada Allah,
sebagai pinjaman yang baik, nescaya Allah akan
menggandakan balasanNya serta mengampunkan dosa-dosa
kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan
kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha
Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang
bersalah supaya bertaubat)]

Pastikan kita ada bersedekah w`pun sedikit pada
setiap hari Ramadhan

4. Istighfar pada waktu sahur

Banyakkanlah istighfar pada bulan ini..
[Sesungguhnya hait-haii manusia itu berkarat ibarat
tembaga, dan pengilatnya adalah Istighfar].

Terutama pada waktu-waktu sahur (2/3 malam).
Terdapat dua kali di dalam al Quran, Allah memuji
mereka yang beristighfar pada waktu sahur.. al
Zariyat, ayat 18 dan juga Ali Imran, ayat 17.

Ambillah peluang bangun bersahur untuk membangunkan
malam kita
Jangan lupa membaca doa rabithah dan doakan semua
kita di seluruh dunia, juga buat semua
pejuang-pejuang di jalan Allah & seluruh muslimin…

Amin..ya Rabbal `alamin.. Wallahua`lam.


*****************************************************

these wut actually i got from my mail today
since both are lyke da same....hope it can give benifit to us

Kerinduan pada Ramadhan itu akan tiba lagi...seolah kamu bertemu dgn org yg kamu syg dan rindui..hargailah bulan ini....semoga ku terus teguh dan memanfaatkan bulan tarbiyyah Allah...

wallahu'alam

Friday, September 28, 2007

Kilas Sirna Cermin

Assalamualaikum wbt


Orang yang hilang tidak jumpa petunjuk. Betapa cepat lupa langkah yang sebelum yang telah diambil-sedang ia menyesatkan.


Betapa mudah mengeluarkan airmata dan mohon maaf. Betapa mudah pula selepas itu mengkafirkan diri- nafikan murka Allah yang bakal diterima.

Hati sudah hitam. Cahaya hanya sekadar dapat berlegar. Tidak cukup untuk menerangi semula.

Aku tidak tahu kesudahan kepada penyesalan palsu yang aku reka sendiri.

Menulis, Bukan semata untuk diterjemah kepada orang lain. Bukan semata penulisan yang diharap menyentuh hati yang lain. Bukan semata menyatakan luahan yang terpendam lalu tercabut akarnya, semua dipertontonkan.

Lalu apa yang tinggal daki dan benih kotor yang sebenar belum lagi berhasil dibuang.

Hati masih lagi kotor tapi hati masih lagi mahu jadi bersih. Tapi hati masih lagi rapuh, sejenak dinaungi cahaya sejenak hati berbias-bias, terang sedikit tapi sekejap.

Sejenak dihurungi kabus maksiat berterusan pula keinginan kotor menyuruh otak berfikir. Kaki bergerak, tangan pun sama, maksiat terzahir.

Sejenak pula dirundung rasa rasa insaf, sejenak kembali kafir semula.


Hati mudah ikut cabang, ikut jalan yang tidak keruan. Hati sedar jalan itu salah, tapi hati juga yang mendesak pergi.

Nanti benda bodoh akan berulang, kafir,insaf berulang kali.


Entah giliran apa yang bakal tiba tika aku berdampingan dengan kematian kelak. Kafir dan mati atau insaf dan mati?

Aku suka menulis, aku sedih aku menulis, aku melukis. Aku bersemangat juga aku menulis. Sekarang mungkin aku menulis dalam keadaan insaf palsu lagi.

Oh Allah bencinya aku keadaan ini…
Lepas ini entah apa pula maksiat yang nafsu suruh buat. Badan dan tangan tak melawan. Otak pula, ia yang lebih genius fikirkan cara buat maksiat.

Hati aku tidak kuat, hati aku lemah dan longlai. Aku Islam pagi, aku juga kafir di petang.
Aku dah tak bermaya, aku hampir tewas, aku mesti bangun. Sebelum aku terus tutup mata, akhiri bicara, tiada lagi pena bergerak. Aku mesti berusaha.

Menulis adalah cermin, apa dalam hati maka aku pantulkan. Tapi hati juga membias. Tulisanku indah dibaca, tapi hati aku kotor juga. Semua kerana hati bijak membias. Hati aku pandai berbahasa, perdaya diri perdaya sesiapa.

Juga hati aku keji dengan Allah, hati aku, diri aku banyak menipu.
Tangan boleh menulis, boleh terus menulis. Tapi hati tidak tentu lagi dapat diubah oleh tangan yang menulis.
Maka dari hatilah segala itu perlu datang. Menulis dengan hati yang bersih, suci dan bercahaya.

~moga hatiku lurus ke arah Allah, tiada cabang~ tersentuh, mengecam dan mengecam..

somhow these are wut i felt when the first time i read it... sumhow its happening to us..rasa sayu..insaf...kembali pada Yang Maha Satu...tapi...pada certain masa n ketika...its not really there [dlm hati] always...kenapa?

kita mahu hati terus dekat dgnNya..tidak rasa ingin yg lain selain bersamaNya,
kita mahu mata terus menangis kerana takut padaNya... kita mahu sentiasa rasa didengar,dipelihara.. kita mahu jadi hambanya yg ikhlas..paling tulus bila beramal utkNya


Dipetik dari sebuah forum

Sunday, September 23, 2007

beginning

Assalamualaikum wbt
at last i have a blog...[i wonder why people have blog before]
for me, there are type of people who are not expressing their feelings or opinion thru words, they write to express the inner...[im not diz kind of person entirely]..but somehow writing is interesting..
we have tym to think before we say...

i dun expect sumthing bombastic in diz first post...
it juz the BEGINNING..huhu~

anyway, congratez to myself for having a blog...[clap2..]
but the thing most important to be beared in mind..lets wut we do have benefit to us..n for more credit..it also give benefit to others..
so for this begining thread...we make it light and easy...=)

reminder before i end..
full use this precious month..Ramadhan Kareem...
we may not be seeing next Ramadhan...~_~

wassalam=)