Assalamualaikum wbt...
Fuh... fuh (tiup blog berhabuk).....=)
Lagu suara kartun "Lonely, I'm so lonely.." terngiang-ngiang kat kepala, sambil menanti kepulangan housemate ku yang tak kunjung tiba... Owh, sudah pukul 9 malam ini...~_~
Ku capai buku, yang tak khatam-khatam lagi... diselak-selak... "25 Pahlawan Islam" tulisan Shafie Abdul Rahman...
Satu nama tokoh yang macam pernah ku lihat dan dengar,...tapi di mana ya???
KHAIRUDDIN BARBAROSSA......ha, agak-agak macam pernah dengar tak? Jom baca cerita mengenai tokoh ini..
Beliau adalah seorang panglima armada laut Islam yang terkenal pada abad ke-16. Nama beliau begitu digeruni musuh terutamanya pemerintah-pemerintah Kristian yang berusaha menghancurkan kekuatan umat Islam. Beliau dikenali sebagai Khairuddin Si Janggut Merah, bahkan digelar juga sebagai lanun.
Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Lesbos, yang terletak di dalam wilayah kekuasaan Turki. Menurut beberapa catatan sejarah, ayahnya seorang bekas tentera yang pernah berjuang di bawah Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau ada 4 orang adik beradik lelaki iaitu Ishak, Aruj, Khairuddin dan Ilyas.
Ketakutan tentera laut dari negara Eropah terhadap Khairuddin turut dipaparkan dalam filem terkenal 'Pirates of The Carribean' sebagai contoh jelas memaparkan watak seorang ketua lanun berjanggut merah, yang menguasai Laut Tengah. Beliau digambarkan sebagai seorang ketua lanun yang kejam. Tidak langsung dipaparkan watak sebenar Khairuddin sebagai seorang panglima laut Islam yang berjuang menentang kezaliman angkatan perang Kristian.
Watak yang digambarkan dalam Pirates of The Carribean ialah Hector Barbossa.
Ketika negara-negara Eropah yang beragama Kristian bangkit melancarkan siri-siri Perang Salib yang baru, mereka menghalau umat Islam di Sepanyol dan menyerang negara Islam di Afrika Utara. Ketika inilah Khairuddin dan abangnya, Aruj tampil membantu dan dikenali sebagai Barbarossa Bersaudara.
Dalam satu peristiwa setelah pulang berdagang dari Tripoli, Libya, kapal mereka diserang angkatan laut Kristian. Adiknya, Ilyas terkorban dan Aruj ditawan. Khairuddin melancarkan perang terhadap kapal-kapal milik Eropah dan akhirnya Aruj berjaya dibebaskan setelah 3 tahun menjadi tawanan.
Ketika Raja Ferdinand bertindak zalim ke atas orang Islam, Khairuddin Barbarossa dan abangnya telah membantu menyelamatkan berpuluh-puluh ribu orang umat Islam dari Sepanyol yang melarikan diri. Mereka dibawa ke Afrika supaya tidak diburu. Bagi menyekat pengaruh dan sokongan terhadap Khairuddin dan abangnya, raja-raja Kristian menggelarkan mereka 'Lanun Bersaudara Berjanggut Merah'.
Dalam hal ini, Khairuddin berkata,: "Jika yang dimaksudkan dengan lanun adalah seorang yang berjuang membela negera-negara Islam, menyelamatkan kaum Muslimin yang tertindas, serta memerangi orang yang memusuhi agama Allah, biarlah seluruh dunia mengetahui bahawa saya seorang lanun."
Menarik lagi, dalam satu peperangan mengusir tentera-tentera Sepanyol di Bougie, Aruj kehilangan tangan kirinya, dan digelar 'Tangan Perak'. (Banyak watak-watak ketua lanun yang tak ada tangan sebelah diganti dengan tangan besi pencangkuk).
Dalam Perang Preveza pada September 1538, Pope Paul III mengumpulkan pasukan tentera Salib yang terdiri daripada Empayar Rom, Sepanyol, Republik Venice, Malta dan Papacy. Satu armada laut yang bersar telah dibentuk untuk menentang armada laut Turki yang dipimpin oleh Khairuddin. Armada laut tentera Salib berjaya dikalahkan. Ini membolehkan angkatan laut Turki menguasai Laut Meditteranean untuk tempoh 33 tahun berikutnya.
Khairuddin akhirnya bersara pada 1545 selepas mengepalai angkatan laut Islam memenangi berpuluh-puluh pertempuran dengan tentera Kristian diketuai oleh Sepanyol. Nama Khairuddin Barbarossa atau Khairuddin Si Janggut Merah menjadi igauan ngeri kepada angkatan laut Kristian untuk tempoh berpuluh-puluh tahun.
Memori beliau telah ditulis dalam lima jilid yang bertulisan tangan dan dikenali sebagai 'Penaklukan oleh Khairuddin Pasha'. Memori tersebut kini ada dipamerkan di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul.
Monday, May 28, 2012
Friday, May 11, 2012
Yang Menjaga, Yang Menolong
Assalamualaikum wbt
Semalam kami berbincang sedikit tentang Hadith 19 ini dari Matan Arba'in, iaitu tentang Penjagaan dan Pertolongan Allah.
Motivasi dan pujukan Allah itu pelbagai, di kala hati ini sebenarnya dilanda kesempitan dan keresahan, Allah pilih diri ini untuk hadir ke perbincangan ilmu, yang sebenarnya ingin menguatkan hati-hati yang diuji, melapangkan dada orang-orang yang hadir, jadi perisai untuk gelombang resah dan masalah. Hanya untuk mereka yang yakin...
Abu Al-Abbas Abdullah bin Abbas RA melaporkan, "Suatu hari, saya berada di belakang Nabi SAW dan baginda bersabda, 'Wahai anakanda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara; Jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, pasti Dia selalu berada di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak dapat memberikan manfaat sedikit pun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu, pasti mereka tidak mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah terangkat dan lembaran telah kering.'"
(Hadis hasan sahih diriwayatkan dari Tirmizi.
Ada juga riwayat yang merekodkan, "Jagalah Allah, pasti engkau akan mendapatkanNya di hadapanmu. Kenalilah Allah pada waktu lapang, pasti Dia mengenalimu pada waktu susah. Ketahuilah, apa yang ditetapkan luput daripadamu tidak akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu, tidak akan luput daripadamu. Ketahuilah, kemenangan bersama kesabaran dan jalan keluar itu bersama kesusahan dan kesulitan bersama kemudahan."
Daripada ulasan hadis ini dimulakan dengan ulasan sebahagian ulama', "Saya merenungkan hadis ini sehingga membuat saya terkejut dan hampir pengsan. Mustahil jika ada orang yang tidak mengetahui hadis ini dan kurang memahami maknanya."
Dan saya juga faham...
TERIMA KASIH YA ALLAH(T_T)

Buaya Laparku
Assalamualaikum wbt
My new part time ‘career’…=)
Ini model ‘Hungry
Alligator’ dari set LEGO Mindstorm. Secara kasarnya, ianya sebuah robot
berbentuk buaya. Model Lego buaya ini menggunakan motor yang akan gerakkan
rahangnya dan sensor yang akan kesan objek yang berada di mulut dia.
Model ini dibina masa trial
class minggu lepas. Walaupun cuma 5 orang je sekelas masa tu, tapi boleh
tahan jugak letihnya..~_~.. Kanak-kanak
zaman sekarang ni sungguh advance. Owh,
terima kasih guru-guruku yang telah mendidikku selama ini.
Promoting? Boleh
kata jugak lah, for those yang rasa
mampu untuk masukkan anak dalam program ni. Basically
ada 2 kelas utama, Robotic Class and Junior Engineer (kelas yang saya
ajar).
Junior Engineer
untuk sekolah rendah. Bermula dari
introduction to component, modul2 binatang dll. Setiap modul binatang
contohnya Hungry Alligator ni akan
menyentuh perkara-perkara seperti Matematik, Sains, dan lain-lain. Silibusnya
lengkap. Peserta akan diberi pengenalan topik , cara membina robot, buat programming, discussion dan lain-lain.
Robotic Class pula
lebih advance, peserta sepatutnya
berumur 12 tahun dan ke atas, tetapi kalau ada peserta dari Junior Engineer yang dikenalpasti capable untuk masuk Robotic Class ni, kita akan bawa dia masuk ke kelas ini. Robotic Class ini juga memang bersedia
untuk pertandingan robot seperti Robotic
Olympiad dan sebagainya. Contoh
pertandingan boleh tengok di sini,
http://www.wroboto.org/.
Orang dewasa pun boleh sertai. Untuk tahu lebih lanjut boleh tanya je.
Teringat masa main Lego ni di sekolah menengah dulu, takde
pun introduction sangat. Terus-terus
je kena prepare untuk pertandingan. Masa
tu namanya Malaysian Junior Robotic
Competition. Walaupun menangis dengan cikgu tak mahu pergi ke level pertandingan seterusnya sebab nak exam percubaan SPM, tapi,….. terpaksa
jugak pergi.
Menyelit jugaklah nak update blog di musim-musim yang agak
busy ni. Busy dunia je ni.. T_T
Labels:
Activity,
Experience
Monday, April 23, 2012
THINK!!
Assalamualaikum wbt
Mudah untuk difikirkan..
*************************************
Isu perpaduan menjadi topik utama dalam pelbagai medium perbincangan,
khusus di kalangan orang Melayu. Perpecahan digambarkan berpunca dari wujudnya
parti politik yang ditunjangi oleh kelompok orang Melayu. Ia seolah-olah
menjadi unsur utama perpecahan sehingga diucap oleh kebanyakan pimpinan
samada pimpinan politik atau agama.
Persoalan utama apakah kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan Melayu. Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapa kerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya parti berteraskan perkaumanan - kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah.
Hakikatnya masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan. Bilamana kita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza. Andainya ini diterjemahkan sebagai perpecahan, maka tentulah golongan yang menganggap demikian tidak memahami erti sistem demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujud kelompok- kelompok yang berbeza.
Kita mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan, kerana kalau perbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaan meluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yang memperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yang memperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan, kerana inilah punca utama wujudnya masalah besar perpaduan nasional dalam negara kita.
Bagi PAS, kita menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia adalah perkara normal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat sekalipun. Kerana itu, al Quran menjelaskan:
"Kalau engkau membelanjakan seluruh harta yang ada dimuka bumi ini
untuk menyatukan hari hati manusia, kamu TIDAK akan dapat menyatukan
mereka, Allahlah yang menyatukan hati hati mereka.” (Surah Al-Anfal ayat 63)
Dalil di atas menunjukkan kepada kita penyatuan mesti berdasarkan nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan. Kerana ini bukan pilihan manusia. Tidak mungkin kita boleh menukarkan bangsa Melayu untuk menjadi Cina, India untuk ditular menjadi Jawa dan seterusnya. Yang boleh ditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia seperti agama (aqidah) kerana manusia boleh memilihnya.
Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana ia dibina di atas keyakinan seseorang.

Namun, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan di kalangan masyarakat
agar Islam diketahui dan difahami dengan sebenarnya. Kerana seandainya
seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yang bersifat universal ini,
tentu ia akan menerima Islam sebagai agama pilihan.
Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, kerana yang dianggap
musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Ini adalah perkara
normal di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidak akan menerima kaum
kapitalis dalam pentadbirannya.
Adalah malang bagi golongan Melayu Islam bilamana perpaduan Melayu itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah, manakala golongan yang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang memecah belah masyarakat Melayu.

Keadaan ini telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ianya diterima
oleh sebahagian orang Melayu, dan itu adalah hakikat yang paling menyedihkan
dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang mereka ingin bela.
Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahan di kalangan
orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi malas dan hilang
daya saing kerana sentiasa bergelumang dalm salah guna kuasa, masalah moral dan
rasuah sebagai jalan keluar.
Sedangkan semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu - dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK.
Sedangkan semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu - dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK.
Apabila Melayu lemah, muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkan Cina
(DAP). Sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi pimpinan negara.
Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagal mengurus
tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PAS sebagai punca
perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh
berpunca dari DAP.
Lebih menyayatkan hati, pembohongan ini diterima oleh sebahagian
masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media perdana
seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin berfikir sejenak, pembohongan
ini mudah dikesan dan disedari.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Penerangan PAS Pusat
**************************
Terpulang bagaimana anda menafsirkan...
Bila kita melihat politik itu suatu perkara yang diada-adakan oleh
sistem pemerintahan dunia, mungkin kita nampak ia sebagai suatu pilihan, boleh
memilih, boleh tidak.
Tapi politik dan pemerintahan itu sebagai sebahagian agama (cara hidup)
yang kita anuti... maka bolehkah lagi kita berkata tidak? Tepuk dada tanya
diri..
Terima kasih Tuan Guruku...
Labels:
Tazkirah
Friday, March 23, 2012
Sahabat: Zaid bin Harithah
Assalamualaikum wbt
Harini, nak share tentang salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang dekat, Zaid bin Harithah...dari buku 25 Pahlawan Islam..
Asalnya Zaid dari Kaum Kalab, Bani Makhdum yang tinggal di sebelah utara kota Mekah. Ditakdirkan Allah, ketika dibawa ibunya menziarahi keluarga sebelah ibunya, perkampungan tersebut telah diserang oleh suku kaum Qais bin Jasar. Zaid RA telah diculik dan dibawa lari. Ibu bapanya bersedihan kerana kehilangan anak lelaki yang disayangi. Bapanya pandai bersyair dan keraplah kedengaran beliau bersyair, meluahkan rasa sedih beliau itu.
Zaid dijual di pasar Ukaz dan dibeli oleh Saidatina Khadijah RA. Setelah berkahwin dengan Rasulullah SAW, Zaid dihadiahkan kepada Baginda. Setelah beberapa tahun, ayahnya mendapat tahu dari rombongan dari suku Kalab yang mengerjakan haji bahawa Zaid ada di Mekah. Maka bersegeralah bapanya dan pakciknya berangkat ke Mekah mencari Zaid untuk dibawa pulang.
Bapa Zaid menceritakan perihal yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan sedia membayar ganti rugi kepada Bagnda. Baginda sedia memulangkan Zaid dengan percuma, sekiranya Zaid memilih untuk kembali ke pangkuan mereka.
Jawapan dari Zaid ternyata mengejutkan ayah dan pakciknya. Dia ingin bersama Rasulullah. Mulanya ayahnya marah, "Apakah engkau memilih untuk menjadi hamba daripada hidup bersama keluargamu dalam keadaan penuh penghormatan?"
Lalu jawab Zaid, "Aku telah melihat pada diri orang ini (Rasulullah SAW) sesuatu yang baik dan tidak ada pada diri orang lain."
Sebaik dengar jawapan Zaid, Rasulullah terus memeluk Zaid. Walaupun bapa dan pakciknya kecewa tapi mereka gembira kerana Zaid menjadi anak angkat kepada keluarga yang mulia.....
Bahkan Zaid dikenali dengan nama Zaid bin Muhammad sehinggalah perintah Allah turun melarang anak angkat dibinkan dengan bapa angkatnya. Zaid dilayan seperti anak sendiri. Dia pernah dijodohkan dengan Zainab binti Jahsyi dan kemudiannya bercerai. Rasulullah SAW kemudiannya berkahwin dengan Zainab dan kisah ini disebutkan dalam Al-Quran dan Surah Al-Ahzab 36-37. Hal ini membenarkan bekas isteri anak angkat dikahwini ayah angkatnya.
Zaid kemudian dikahwinkan dengan Ummu Aiman dan dari perkahwinan itu lahirlah seorang anak lelaki yang kemudiannya diangkat oleh Rasulullah menjadi panglima perang di usia 18 tahun, Usamah bin Zaid.
Baginda Rasulullah SAW menziarahi keluarga Zaid. Ketika puteri Zaid datang kepada Baginda untuk menangis, Rasulullah SAW ikut menangis teresak-esak kerana begitu sedih. Seorang sahabat, Saad bin Ubadah menegur Rasullah SAW kerana sebelum ini Baginda melarang umat Islam menangisi kematian secara berlebih-lebihan. Lalu dijawab Baginda, "Inilah rindu seorang kekasih kepada kekasihnya."
Blessed Friday..

Dalam Perang Muktah, Zaid telah dikirim oleh Rasulullah dan dibantu dengan Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Abi Rawahah. Zaid gugur syahid di usia 41 tahun. Panglima Khalid Al-Walid kemudian mengambil alih kepimpinan tentera Islam ketika itu dan berjaya berundur tanpa mampu dikejar oleh musuh.
Baginda Rasulullah SAW menziarahi keluarga Zaid. Ketika puteri Zaid datang kepada Baginda untuk menangis, Rasulullah SAW ikut menangis teresak-esak kerana begitu sedih. Seorang sahabat, Saad bin Ubadah menegur Rasullah SAW kerana sebelum ini Baginda melarang umat Islam menangisi kematian secara berlebih-lebihan. Lalu dijawab Baginda, "Inilah rindu seorang kekasih kepada kekasihnya."
Blessed Friday..
Labels:
Buku best
Kenapa Marah??
Assalamualaikum wbt
Hari itu jiwa dan hati teruji lagi...
Pandangan itu,
Dari sebalik pintu kaca,
Yang hampir tertutup,
"TETT" bunyi akses kadku dikenalpasti,
Untuk masuk ke dalam bahagian 'selamat',
Tangan itu.... menahan pintu dari kubuka, ditekan pintu,
Tertutup....
Sambil dia merenung,
dan tersenyum nipis,
Aku?? terkebil-kebil,
Segera disentuh semula akses kad,
Lantaran tak mahu pandangan berterusan,..
Owh! Gagal, error...
Dahi dikerut,
Hati memanas, hampir ingin mendidih, mual,
Motif apakah 'gurauan' ini???
'Gurauan' yang tak boleh diterima,
Dari orang yang tak boleh diterima,
Dalam bentuk yang tak boleh diterima....
Faham barangkali ketelanjuran,
"Tett", Pintu terbuka,
Masukku melangkah tanpa menoleh,
Terasa panas....
"Barangsiapa mampu menahan amarahnya, Allah swt. akan menutup auratnya;
barangsiapa mampu menahan amarah yang mestinya dapat ia lampiaskan, maka Allah
akan mengisi hatinya dengan keridhaan di hari kiamat; dan barangsiapa berjalan
bersama saudaranya seiman dalam sebuah keperluan sehingga keperluan itu terpenuhi,
maka Allah akan mengokohkan kakinyapada hari di mana semua kaki tergelincir."
Berulangkali pesan Nabi berlegar-legar,
Tapi Allah uji hati ini,
Tak semudah itu mampu reda,
"Semua datang dari Allah"...
Suhu panas mula menurun...
"Aku tersilap barangkali."

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Surah An-Nur:30-31
Labels:
Tazkirah,
Truely from me
Sunday, March 11, 2012
Ummi nak berubah...
Assalamualaikum wbt...
Terasa nak update blog=)... di samping rumate di sebelah yang sedang memotivasikan diri sendiri dengan lagu-lagu Opick sambil membaca dokumen-dokumen kerja...(owh, beliau sungguh tegar)..
Saya pulak, surfing to find some good ideas on my new plans~...... (idea tersebut terpaksa dirahsiakan buat setakat ni... mcm la ada orang nak tau pun^_^)
Teringat sebahagian dari buku Discipline Without Shouting and Spanking yang saya promote sebelum ni...Kalau ada perangai anak-anak yang tak berapa berkenan di hati kita, fokus satu demi satu untuk diubah. Senang nak dipantau dan dijaga....
Sekarang saya sedar, bukan untuk si anak saja... tapi untuk kita juga (anak, bakal ibu dan bakal bapa,, ibu dan bapa, atau siapa pun anda).
You know yourself well.. Anda tahu apa kekurangan anda, keburukan, dan segala bentuk kelemahan. Walaupun kadang-kadang ada yang hanya dapat dikesan oleh orang sekeliling... tapi apa kekurangan yang kita tahu,...berdasarkan ilmu yang dibekalkan Allah untuk kita jalani hidup seharian kita.... kita tahu kelemahan kita, dosa-dosa kita....
Maka, bagaimana pula kita merancang untuk menangani perangai huduh kita, sifat lemah dan mazmumah kita (nobody is perfect kan?). Sebagaimana teruknya perangai itu, terpulang bagaimana kita sendiri menilainya. Sebelum kita minta orang menilai kita, kita pun sebenarnya ada keupayaan menilai diri kita sendiri.
Fokus satu persatu perkara yang nak diubah itu, sebagaimana yang diajar dalam buku tadi tu pun boleh jadi salah satu step yang berguna untuk kita...
Kalau bukan sekarang, bila lagi kan?=) Muhasabah dan mujahadah=)
p/s: Ya Allah, menyebut itu amat jauh mudahnya dari membuat.. Bantulah kami..

Buku best,
Truely from me
Subscribe to:
Posts (Atom)