Pages

Sunday, June 14, 2009

Tangga Berat

Assalamualaikum wbt..

Mesti ramai tertanya-tanya tangga apa yang berat ini??
Tidak ada kena-mengena dengan kejadian memikul tangga mahupun jatuh ditimpa tangga=)

Departmentmates saya barangkali sudah pernah dengar ungkapan ini.
"Tangga ofis ni berat."

"Bila pula awak angkut tangga tu."
"Tak kira, tangga tu tetap berat." (-__-)"

Teori sendiri. Tangga tu ada karpet. Extra forces are needed to climb the stairs up to the fifth level. Hmm..Tapi kenapa berat? Perkataan tu yang muncul yang otak ^_^. So, terima saje ye. Tangga tu berat. Minta maaf kepada pakar-pakar bahasa. Nanti saya tgk balik apa-apa perkataan lain yang lebih sesuai. Tapi faktanya...

Berat (tangga+karpet) [eg, tangga ofis] > Berat (tangga) [eg. tangga rumah]

Jadi, in physical... memang tangga tu lebih berat. Saya tidak salah rasanya=)
Jadi, apa yang menarik sangat dengan tangga berat ni....
Bagi saya, tangga itu seperti sebuah kehidupan.
Dan berat itu, dengan segala dugaan dan badai dalam hidup.. apatah lagi dengan dugaan di jalan Islam...
Dugaan dalam kita memikul amanah-amanah yang ada...
Sudah pasti ada masanya kita berasa berat jga bukan?

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." Surah At-Taubah: 41

Disebut dalam suatu siri ceramah akan cerita berkaitan seorang sahabat Nabi yang mulia. Beliaulah Mus'ab bin Umair r.a.

Mus'ab bin Umair salah seorang sahabat Nabi yang datang dari keluarga yang kaya-raya serta suka berpakaian kemas, mahal dan indah sebelum beliau memeluk Islam. Beliau dibesarkan dari keluarga yang mewah, anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik-beradiknya yang lain, serta memiliki rupa yang kacak dan menjadi kegilaan gadis di Mekah.

Mendengarkan berita keislamnya, ibunya amat marah. Dia dikurung dan diseksa oleh ibu bapanya. Namun, keyakinannya sedikitpun tidak berubah bahkah dia tidak jemu-jemu menujuk ibunya memeluk Islam kerana kasihkan ibunya.

Sehinggalah suatu hari, ibunya pucat lesi kerana mogok lapar, tidak mahu makan dan minum sehingga Mus'ab meninggalkan Islam. Tapi, apa kata Mus'ab walaupun hatinya amat kasihnya ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali. Sungguh, jalan Islam tidak mudah..

Akhirnya, Mus'ab dihalau keluar. Dalam siri hijrah ke Habsyah, beliau mengikut rombongan tersebut. Pulang dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah menjadi kurus kering dan berpakaian compang-camping. Rasulullah yang sedih melihatkan keadaan Mus'ab berkata:

" Segala puji bagi Allah yang telah menukarkan dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus'ab seorang pemuda yang mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan RasulNya.

Dalam siri perang Uhud, kisah Mus'ab sekali lagi menyentuh perasaan kaum Muslimin. Ketika fasa kekalahan tentera muslimin, Mus'ab yang memegang panji Islam telah dilibas tangannya oleh tentera Quraisy, Ibn Qamiah. Dari satu tangan ke satu tangan, panji masih terus dijulang, sehingga akhirnya beliau terus menyambut dan memeluk panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya, Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Gugurlah Mus'ab sebagai syuhada.

Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Mus'ab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Banyak lagi perihal sahabat Nabi nan seorang ini yang diceritakan dalam buku-buku sirah. Dan dengan jalan yang dipenuhi dugaan yang berat ini, adakah kita mampu mencontohi Mus'ab?

"Ya Allah, tetap thabatkan kaki kami di jalanMu."

2 comments:

AHMAD said...

maybe u need extra forces due to your height..no offence. just science.

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

ea?
ade effect ke
mcm salah je