Pages

Saturday, November 7, 2009

Air mata itu mengalir lagi

Assalamualaikum wbt...

Air mata
..salah satu kurniaan Allah pada manusia...
Banyak sebab kenapa manusia mengalirkan air mata...munasabah atau tidak...terpulang pada manusia.

Ada manusia terdorong dengan rasa emosi yang terlebih sehingga mampu menangis atas sebab-sebab yang ringan....kalau anak-anak menangis sebab nak gula-gula nak cakap macam mana ye??...Tak sempat lagi nk mengkaji hal yg seperti ini...


Ada juga wanita menangis kerana ditinggalkan teman lelaki....ada lelaki menangis kerana kereta kesayangan kena curi...ada anak yang menangis kerana tak dapat apa yang dihajati...ada ibu yang menangis kerana kecewa dengan sikap buruk anaknya...ada ayah yang menangis melihat kejayaan si anak...ada insan menangis melihatkan ciptaan Tuhannya...
begitu banyaknya sebab kenapa manusia menangis..

Disebut dalam buku "Indahnya Cinta" tulisan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni, tangisan ada yang terpuji dan ada pula tangisan yang tercela. Di antara jenis tangisan ialah:


Pertama
:-

Menangis sedih kerana kehilangan. Tangis terbesar yang tercatat dalam sejarah umat manusia adalah tangisan Ya'qub a.s atas hilangnya Yusuf, salah seorang putera yang paling dicintainya. (Surah Yusuf: 84)..


Kedua
:-

Menangis kerana takut. Hamba Allah yang paling takut kepadaNya adalah Rasulullah SAW. Ibnu Mardawaih dan Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa Bilal pernah menghampiri Rasulullah SAW sebelum solat subuh untuk mengumandangkan azan dan ternyata Bilal mendapati baginda sedang menangis. Bilal berkata, "Ya Rasulullah, solat!"

Baginda bersabda,"Wahai Bilal, baru saja turun beberapa ayat kepadaku. Celaka orang yang membacanya, akan tetapi tidak merenunginya." Baginda pun membacakan ayat-ayat tersebut dan kemudia baginda mula menangis sehingga tulang rusuk baginda seakan-akan nyaris terpisah. Ayat-ayat tersebut adalah firman Allah swt:


" Sesunggunya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka." (Ali-Imran: 190-191)


Ketiga
:-

Menangis kerana keluh kesah dan menangis kerana takut dan ketidak-berdayaan. Ini adalah tangisan yang tercela. Misalnya, jika seseorang ditimpa musibah, lalu dia menangis sekian lama. Tetapi, jika dia menangis sebentar saja, maka tidak mengapa dan memang demikianlah fitrah manusia itu. Yang tercela adalah jika dia terus saja menangis dan tidak rela terhadap ketetapan daripada Allah.

Keempat :-
Menangis kerana gembira.

Limpahan kebahagiaan yang aku dapatkan Menjadikanku menangis, kerana betapa besar bahagia yang aku rasakan.

Anas berkata,"Aku tidak pernah menyangka sebelumnya bahawa manusia itu jika dapat kebahagiaan boleh menangis, hingga aku melihat sendiri kaum Ansar menangis ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah." (Mereka sangat bahagia dengan kedatangan baginda)


Rasulullah SAW
adalah seorang yang sederhana dalam membawa risalah baginda. Baginda bukanlah seorang yang banyak ketawa, yang berlebihan dalam hal ketawa atau lebih banyak aspek ketawanya. Demikian juga, baginda bukanlah seorang yang menjelmakan peribadi yang penuh dengan rasa sedih, dukacita, gundah gulana dan menyesal. Baginda adalah seoang yang sederhana dalam segala perkara dalam hal ibadah, dalam keyakinan, dalam peraturan syariat, dalam adab dan dalam perilaku sehari-hari.

P/s: Menangislah jika ia mampu melembutkan hati kamu dan mendekatkan kamu dengan Tuhan kamu. Janganlah tangisan kamu kerana perkara yang sia-sia. Air mata itu mahal=)

4 comments:

Ismi Huda said...

menangislah kepada TuhanMu kerana Dia lebih mengerti...

chayok2 zila

Norzila Noh said...

ye tepat sekali

Biarlah dia bersama Tuhannya..penyejuk dan pemujuk hati yang paling utama...

AHMAD said...

Kelima: menangis kerana habuk masuk dalam mata.

Norzila Noh said...

ha..betul la tu