Pages

Thursday, October 7, 2010

Kek Batik Gayong

Assalamualaikum wbt

Nak share resepi kek batik pulak. Kek ni perlu dimasak dengan menggunakan peralatan memasak sahaja..tiada kena mengena dengan gayong.

First time dengar dan tahu pasal kek batik, masa di foundation kalau tak silap. Dan resepi ni pun, ada senior dari Silat Gayong yang ajarkan...[banyak pahala dia, sampai sekarang masih apply resepi ni lagi]. So, sesiapa yang makan kek batik ni..insyaAllah pandai bersilat....[gurau je]

Walau bagaimanapun, resepi ini telah diedit sedikit..


Bahan-bahan:

1. Biskut marry
2. Susu Dutch Lady satu kotak kecil [yang biasa buat minum tu, Fresh Milk boleh, Low Fat boleh, Full Cream boleh..nk guna brand lain pun boleh...]
3. Serbuk koko...dalam 3 sudu makan
4. Vico, ikut suka....maybe dalam secawan setengah. Nak lebih lagi pun tak kesah.
5. Telur sebiji
6. Gula dalam 2 senduk. [boleh tambah sikit2 jugak..just nak balance rasa koko n vico]
7. Butter, separuh sahaja

Cara-cara:

1. Patah-patahkan biskut marry. Patah ye, bukan hancurkan. Nak patah 6 ke 4 ke ikut suka. Jangan besar sangat, dan jangan kecil sangat.
2. Cairkan butter dalam periuk/ multipurpose cooker. Pastikan api kecil sekadar nak mencairkan butter.
3. Masukkan telur yang dah dipukul dengan gula, [gula masih boleh tambah sikit lagi nanti kalau perlu]. Kalau api terlalu kuat..takut jadi telur dadar pulak nanti.
4. Boleh terus masukkan serbuk koko, vico dan kacau rata.
5. Then, masukkan susu sedikit demi sedikit. Api sederhana. Terus kacau dan tambahkan susu sehingga habis sekotak dan adunan menjadi pekat. [Kepekatan tu pun ikut citarasa anda. Kalau nak kek batik yang masih ada rasa biskut, boleh biar adunan lebih pekat. Kalau nak rasa kek batik yang lembut, jangan pekat sangat. Then, boleh adjust rasa. Kalau tak rasa manis, boleh tambah gula].
6. Masukkan biskut yang dah dipatahkan dan kacau rata. Kemudian boleh terus angkat dan ratakan permukaan atasnya.
7. Simpan dalam peti ais. Sedap dimakan ketika sejuk.


Tambahan: Ini kaedah bujang, boleh juga simpan sebahagian adunan coklat sebelum dicampur dengan biskut untuk diratakan dipermukaan atas kek batik nanti. Dan taburkan badam yang dipotong kecil atau chocolate rice.

Bukan gambar sebenar




9 comments:

dOtZ aL-BanGi said...

kek ni boleh di buat dalam bilik...

pernah di cuba tika di V4 dahulu...

credit to ex-pres

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

kek ni boleh dibuat di mana-mana yang ada peralatan memasak...

semua pun boleh cuba.

Hakim Mohd Nor said...

memang benar.. kek ini sangat sedap.. tidak dinafikan lagi.

A.Alizul said...

gambar tu mmg benar gambar hiasan, sbb kalau gmbar betul mmg hancuss...

hahaha...tp zila nyer kek mmg sedap, sedap hingga menjilat bekas (aku penah makan sampai licin kek beliau, tatau la beliau yg wat ke atau orang lain, tu aku tatau)

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

bertenang awangku...

seb bek tak makan bekas..tapi bilenye ana buatkan kek utk anta? tak ingt dah..

A for Alhamdulillah said...

kenapa kek batik goyang?
which part of the cake yg bergoyang?
or you buat kek goyang2?
hoho~

zila, i rindu u. 2 posen. terharu x?

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

i really need to read this article very careful cik mira...

gayong la..not goyang...and it definitely has nothing got to do with goyang. ingt kueh raye, kueh goyang tu ke...


learn from my silat gayong senior la. haa, kan da kate. nak gmbar2 lagi tak?=P

A for Alhamdulillah said...

hoho~
gayong ehhh
sumpah i baca goyang
pening da pikir ape significant goyang ngan kek batik tuh~
u nak bagi lg ke?
aren't u afraid of what i might be doing?

:D
(evil grin!)

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

hish,mengugut...

noti of u..jangan nnt menangis di bahu cik ovenge plak rindukan saye=)