Pages

Wednesday, November 10, 2010

Sod Ba Ro

Assalamualaikum wbt

Akhirnya dapat lagi menulis, selepas beberapa minggu berhempas pulas dengan begitu banyak perkara..test, quiz, FYP, dissertation, presentation dan sebagainya..

Sedang mencari kekuatan hati, sedikit untuk dikongsi lagi dari koleksi buku yang sedia ada, 'Bertemu Janji Allah' siri 2, tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rasulullah SAW mengingatkan Ka'ab bin 'Ujrah:
"Bahawa sabar itu adalah perisai."


Perisai adalah alat pelindung diri sama ada masa damai atau masa perang. Masa damai manusia perlukan perlindungan daripada sebarang bahaya termasuk jangkitan penyakit. Dalam masa perang terutama pasukan bersenjata sudah semestinya mereka mempunyai pasukan perisai yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan.

Perisai untuk manusia menyelamatkan iman mereka daripada serangan syaitan dan iblis menurut sabda Rasulullah SAW ialah perisai 'sabar'.

Sabar ketika menerima ujian Allah seperti menghadapi kemelaratan hidup disebabkan kemiskinan, kepayahan disebabkan suasana yang tidak aman, sabar menghadapi bala daripada Allah SWT.

Terutama sekali sabar daripada kemewahan hidup, kerana tidak kurang juga manusia yang tidak mampu mengawal diri apabila mereka dianugerahi kesenangan oleh Allah SWT, lebih teruk daripada keadaan mereka ketika hidup susah.

Bagi mereka yang sabar itu, mereka tidak akan dijilat oleh api neraka, disebabkan perisai sabar telah melindungi diri mereka dengan izin Allah SWT.


*********************

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." At-Taubah: 41

p/s: Sabarlah wahai hati..sabarlah demi Allah dan Rasul, kalaupun bukan untuk dirimu.

tq cik semut!

0 comments: