Pages

Thursday, November 11, 2010

.::Atok||Nenek::.

Assalamualaikum wbt

Update lagi blog ni...

Zaman kecik-kecik, selalu main dengan arwah atok. Nenek kandung sebelah mak, tak sempat jumpa. Sempat dengan nenek sebelah abah je.

Teringat bila boring tak dapat main dengan kakak, makcik dan pakcik [umur mereka lebih kurang je]..atok belah mak bawa jalan-jalan pegi Johor [orang johor refer 'Johor' kepada bandara JB]...bila orang pegi main, kena cabut uban atok. Atok ada kerusi sendiri. Bila salam atok, atok gosok tapak tangan pada dagu dia yang tak habis cukur. Geli la tok...

Arwah atok belah abah, selalu duduk atas kerusi depan pintu..kami balik je kampung, rebut panjat peha atok. Kakak sebelah, saya sebelah. Layan atok hisap rokok daun. Ingat lagi 'secret' dengan atok dan kakak. Seminggu sebelum atok meninggal dunia, kami balik kampung. Saya tidur dengan atok.

Sekarang atok dua-dua dah tak ada. Rindu..(Al-Fatihah)..Arwah atok belah abah meninggal dunia masa darjah 1. Arwah atok belah mak, masa nak masuk darjah 3. Masa tu tak faham sangat..feeling sedih pun kurang.

Arwah nenek belah abah, suka cerita. Malam-malam tidur dengan nenek, dengar dia cerita, walaupun kadang-kadang tak la faham sangat...tapi dia pun dah tak ada..

Bukan gambar sebenar

Kenapa pulak tiba-tiba cerita syahdu di petang Khamis, study week ni..

Terselak ruangan 'pesannenek' kat Majalah Solusi ni sebenarnya..


'Nenek' pesan untuk lawan rasa malas. Jom baca sikit..

Cucu-cucu yang dikasihi,

Rasa malas sering menyerang kita. Malas untuk solat, terutamanya solat subuh, malas untuk menelaah buku sekolah, malas untuk mengemas dan menjaga kebersihan dan pelbagai lagi.

Islam tidak membenarkan malas menguasai diri kita kerana memberi impak jangka pendek dan jangka panjang. Malas membaca boleh menyebabkan kita gagal dalam peperiksaan. Akibat jangka panjang, malas membaca menjadikan kita kurang ilmu. Hakikat dunia sekarang jika pelbagai masalah yang datang kita perlu tangani dengan ilmu.

Tahukah cucu, sikap malas adalah daripada nafsu dan syaitan. Syaitan tidak putus asa mengajak kita selalu ingkar perintah Allah swt. Syaitan gembira jika kita menurut dan melayan rasa malas. Kesannya pada jangka panjang, kita susah untuk berdikari dan ketinggalan dalam kemajuan. Masa suka dibuang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Antara PUNCA malas ialah:

1. Tidak nampak ganjaran pahala.
Bukan mudah untuk meyakinkan, terutama anak-anak, untuk berasa ghairah mengejar pahala-pahala yang tidak nampak itu.

2. Biasa dengan hidup senang.
Kesenangan hidup boleh menjadi sebab seseorang itu bersifat malas.

3. Tiada visi hidup.
Jika tiada visi, tiadalah sikap mahu berusaha atau berlumba-lumba untuk kemajuan.

Cucu-cucu yang dikasihi,

Marilah LAWAN jika datang rasa malas. Antara yang nenek boleh syorkan:

1. Mencari kekuatan dengan berkumpulan atau berpersatuan.
Kita boleh mewujudkan kumpulan atau mencari kawan-kawan yang boleh memotivasikan diri untuk membuat kebaikan. [Setuju sangat ni nek]

2. Datangkan rasa banyak tanggungjawab yang belum beres.
Kita rasa bertanggungjawab untuk memiliki sebanyak-banyak ilmu, bertanggungjawab memberi imej baik kepada agama, bertindak agresif dalam pekerjaan dan sebagainya. [tanggungjawab yang kita ada lebih banyak dari masa yang kita ada]

3. Berikan tanggungjawab kepada anak-anak.
Latih mereka supaya rajin berdikari.

4. Berdoa.
Malas adalah hasutan syaitan. Amalkan doa Rasulullah SAW:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kesedihan dan gundah-gulana. Dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan. Dan daripada ketakutan dan kebakhilan. Ya Allah, aku juga berlindung denganMu daripada tekanan hutang piutang dan penguasa yang zalim."


Terima kasih, nek.


p/s: jom belajar. 4 flat. Ayuh berubah, yakin berjaya



2 comments:

Hatiku Bermunajat said...

atok saye pun dah lame xde
al-fatihah..

Norzila Noh said...

alfatihah=)