Pages

Monday, January 9, 2012

Perjalanan

Assalamualaikum wbt


Long journey on last weekend.


"Ayah aku dah tak ada."


Sebaik menerima berita kematian ayahanda seorang sahabat di Tanah Merah Kelantan malam Jumaat lepas, kami merancang perjalanan. Ada yang baru sahaja selesai sesi merehatkan minda, ada yang baru selesai program tarbiyah.. 12.30 tengah malam, perjalanan konvoi 2 kereta bermula dari Pantai Dalam, ke Taman Melati dan seterusnya ke Tanah Merah, Kelantan dengan melalui Kuala Terengganu.


Sudah berjilid-jilid 'car story' sepanjang 19-20 jam perjalanan. Seketika Qaswa 'meriah', seketika tinggallah driver menyanyi sendiri ditemani lagu-lagu nasyid sepanjang jalan.


Food and beverages? Don't mentioned. Just to keep us awake....=P (awake la sangat)..
Saya sendiri pun perlu bersuara kalau memandu lama ni.. I really need somebody to talk with....or at least interesting songs to sing along. Terasa macam lecturer pulak....cakap banyak...lama... Kami cuma berharap perjalanan ini walaupun jauh, tapi selamat dan bermakna.


Berseorangan memandu, kepala terus berputar... Di samping lagu-lagu yang bermacam tema ini... Terasa bersyukur dalam hati, tenang ini tidak terbayar dengan apa pun. Terima kasih Allah kerana izinkan kami berada di jalan ini.  Baru beberapa hari lepas, terlintas di fikiran...kalau abah dah tak ada... Mudah aja air mata ini mengalir..laju. Hati terasa rindu, risau. Tiba-tiba...tak tahu kenapa...Memang ada masanya, si anak yang meningkat dewasa ini akan mula berfikir secara matang tentang pengorbanan ayah dan ibunya. Alhamdulillah abah masih ada.



Sampai di Chendering, kami berhenti solat.. Tidak lama, perjalanan diteruskan semula. Kami cuba untuk tiba sebelum solat jenazah. Sampai di Simpang Felda Kemahang, jam 9 lebih... Sesi mengurus diri dan bersarapan pagi. Hati ini tak berminat lagi untuk makan. Ingin cepat tiba. Ingin jumpa sahabat yang kehilangan itu. Di samping sudah 3 keping Roti Gardenia ButterScotch jadi santapan sebelum kami berhenti tadi=).


Setibanya di rumah Ain, orang ramai berziarah. Alhamdulillah...Sedang berlangsung sesi mengafankan jenazah. Belum lagi disolatkan. Suasana tenang..mereka tabah. Bila tiba sesi ciuman terakhir..saya bangun untuk sama-sama melihat jenazah. Suasana sayu, sedu sedan kedengaran.


Teringat ketika saya merakamkan detik-detik almarhum menikahkan menantunya sebulan lebih yang lepas. Sudah beberapa kali juga saya bertandang ke rumah ini. Kenangan berputar...


Sesi mengkoreksi diri. Benarlah, kematian itu sebaik-baik pengajaran kepada manusia. Bagaimanalah pengakhiran diri ini nanti....Ya Allah, ampuni kami.




Perjalanan pulang, konvoi berpisah dan akan bertemu semula di Kuala Terengganu. Kami berehat sebentar di rumah sahabat di Besut. Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu. Pemandangan pantai sangat menterujakan....semalam gelap je. Tak tahu yang mana pantai, yang mana paya, yang mana hutan. Cuma nampak rumah-rumah di sisi jalan sekali sekala. Kami tersenyum berpandangan sesama sendiri. Setelah dipastikan kereta yang akan berkonvoi masih jauh untuk sampai di tempat tersebut, kami membuat keputusan untuk berehat di pantai sambil merasa ikan dan sotong celup tepung, dan kepok lekor (the way they pronounce it...)


Bukan gambar sebenar...hensem sangat presentation ni=)


Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu


Lirik lagu Opick:Tafakur terngiang-ngiang di telinga menghadap laut lepas China Selatan. Ombak besar katanya sekarang ni. Nikmatnyaa(^_^)/


Alamak, tak ingat pulak apa nama pantai ni...



Walaupun tinggal di Pantai Dalam, tak ada pun pantai. Kalau nak tenangkan fikiran di KL ni, paling-paling pun Tasik Titiwangsa, Tasik Permaisuri.....KLCC Park, MidValley, Sunway Pyramid, kedai makan dll.... (contoh yang kat hujung-hujung tu mendambakan kos belanjawan yang tinggi hanya untuk menenangkan fikiran). Mana taknya, nak parking je dah kena paling kurang RM3. Belum tenang lagi tu.....


Hanya dengan duduk memandang laut, merasa angin pantai, di samping makanan yang simple (walaupun not that nutritious and healthy:p), parking yang free, itu cukup untuk merasa damai yang sangat. Owh, ciptaan Allah itu memang sangat indah. 


Kesimpulannya, jauh perjalanan, luas permandangan, banyak pengajaran.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Almarhum ayahanda Ain, my friend. 

















0 comments: