Tuesday, December 13, 2011
Syaitan Pun Takut
Monday, December 12, 2011
No More DOCTOR=)
Semakin besar umur ni, semakin banyak tanggungjawab.. banyak yang ada di fikiran, tapi tak berkesempatan menulis semuanya. InsyaAllah.... akan terus melahirkan post2 seterusnya walaupun mungkin selang masa tu tidak menentu.
Namun, semalam sahabat-sahabat menunjukkan salah satu hikmahnya..
"Kalau ada seorang budak kecil, atau bayi dalam keadaan hidup dan mati...perlu dibedah kamu...Silap hari bulan kamu nangis dulu...Ha, camne?"
Ya, dia tahu kelemahan saya.... Termenung juga saya dibuatnya. Betul jugak. Walaupun mungkin saya tak menangis bila berdepan keadaan tersebut tapi serasa ada benarnya deskripsi yang dibuat tu.
"Tapi, kalau tu memang kerja kita, alah bisa tegal biasa," saya menjawab. Dulu saya boleh lihat darah, cuma sekarang ni macam tak boleh lihat darah banyak yang membuak-buak. Rasa pening.
KONKLUSI dari diskusi kami semalam... "Allah sentiasa tahu yang terbaik untuk kita. Dia beri yang kita perlu, walaupun bukan semestinya yang kita mahu."
Wednesday, September 14, 2011
Ramadhan yang Terpaling~
Let us start with the function and effect of blogging. One of the function, to expose the unexposed part of yourself (I mean here is in terms of feeling. Hmm, agaknya.. yeke?)
Mungkinkah kita juga akan menjadi sedemikian jika diuji dengan kesenangan seperti mereka...Nau'zubillah. Ya Allah, peliharalah kami.
Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pemaaf.. Ampunkan kami, dan ampunkan mereka.. Berikan petunjuk hidayahmu atas kami, dan juga petunjuk hidayah ke atas mereka.. Sabarkanlah kami, dan sabarkanlah mereka... Insafkanlah kami, dan insafkanlah mereka...Aminn.
Friday, August 5, 2011
Merancang Mati vs Merancang Hidup
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Tuesday, August 2, 2011
Sayur Campur (API) Suka Hati - Cendawan Shittake
Alhamdulillah, sudah masuk 2 Ramadhan 1432H..
Terasa ingin masa berhenti, lapang bernafas dengan udara Ramadhan (sebelum ni bernafas jugak). Bulan yang digembirakan akan kedatangannya, dan disedihkan akan kepergiannya. Bulan yang berlumba-lumba manusia berbuat amal dan ibadah (walaupun ada lagi yang keterlupaan)..
Sengaja nak share resepi, my friend masakkan masa potluck office.. Gambar, terlalu exclusive untuk disharekan:)
Sayuran (cara pemotongan dan kuantitinya, ikut suka dan selera anda. Sebahagiannya, kalau tak mahu dipotong pun tak apa. Depends.):-
-Kacang pea (ada orang panggil kacang pes, kacang sepat dsb); saya pun tak pasti namanya apa sebenarnya. Kesimpulannya bukan isinya yang biasa buat makan jajan masa driving tu, tapi keseluruhan kacang tu. Macam mana nak cerita ni..
-Cendawan shittake yang menggembirakan (^_^); ikut la nak sebut macam mana pun. Kalau tak ada yang shittake, gunalah apa-apa cendawan sekalipun.
-Lobak merah (recommended untuk dihiris tidak terlalu tebal)
-Lada benggala merah (bukan benggali, atau belanga, atau bangla)
-Baby corn (antara baby yang boleh dimakan..)
-Kobis bunga
Bahan perencah dan perasa:-
- Bawang besar 1 biji dihiris
- Bawang putih 2 biji -dihiris
- Sedikit ikan bilis - dihiris
- Lada merah 1 biji - dihiris
- Cili padi 3 biji - dihiris atau diketuk sahaja
- Sos tiram secukup rasa
- Black pepper (coarse) secubit je
- Garam secukup rasa
* kalau nak tambah serbuk ikan bilis Tumix, atau lain-lain, adalah dipersilakan. Ajinamoto is highly NOT recommended.
Kalau nak pedas lagi, boleh la tambah apa-apa yang patut.
Cara-cara memasak bujang ala API:
1. Panaskan minyak sekadar cukup untuk menumis. Sila kurangkan minyak dalam makanan anda (pesanan ikhlas dari penaja).
2. Goreng ikan bilis dulu. Sebelum garing sepenuhnya, masukkan bahan-bahan ditumis. (Style ikut suka hati).
3. Selepas naik bau, masukkan carrot dan kobis bunga dan sedikit air. Boleh juga masukkan bahan-bahan perasa yang lain (garam, sos tiram, black pepper, TUMIX ke).
4. Setelah dalam seminit, masukkan kacang, lada benggala dan baby corn yang telah dipotong dengan comelnya dalam setengah minit.
5. Last sekali, masukkan cendawan. Cendawan shittake ni ada rasa dan bau yang tersendiri. Jadi, sila adjust rasa masakan anda selepas masukkan cendawan.
6. Selepas dalam setengah minit, boleh dihidangkan.
Moral of the cooking: Jangan masak lama sangat untuk mengelakkan hilangnya nutrien dan zat-zat dari sayuran tersebut.
p/s: Masak, masak juga.. tapi ibadah jangan lupa. Terlalu kenyang nanti susah pulak nak beribadah. ^_^ Thenkies to ma hosmet yang pasrah memakan apa sahaja hasil yang muncul...walaupun kadang-kadang....
Friday, July 29, 2011
'Hantu' yang menyesal....
Memandangkan minggu depan sudah masuk ke bulan Ramadan, maka dengan ini dimulakan dengan ucapan “Ramadhan Kareem” untuk semua=)
Semalam, sempat dengar tazkirah seorang ustazah. Ada orang tanya pada dia, “Syaitan diikat secara hakikat atau majazi (bukan makna sebenar/kiasan)?”
Then, ustazah tu kata, “Syaitan diikat secara hakikat.” Tapi rupanya, budak yang bertanya ni ada sixth sense selalu dengar suara-suara ghaib sejak kecik lagi.
Yang dipelikkan ialah, kenapa bulan puasa pun dia dengar suara-suara tu?? Dia dengar suara orang menangis yang panjang bunyinya. Dan sudah dipastikan tak ada orang lain masa tu, melainkan diri dia. (Memang bukan suara homo sapiens aka manusia lah kesimpulannya).
Ustazah ni mentafsirkan makna yang dikatakan ‘HANTU’ ialah à bila makhluk ghaib ( sama ada ruh manusia, syaitan, jin) muncul dan boleh dilihat di alam nyata.
Pada bulan puasa, syaitan dah diikat, tapi ruh-ruh manusia ini dilepaskan semula, direhatkan dari seksaan.
Maka, kembalilah ruh-ruh tersebut menyaksikan golongan manusia di dunia ini sedang beribadah di bulan puasa. Maka, terasa penyesalan yang teramat sangat tiada tolok bandingnya kerana sesalkan kesilapan-kesilapan yang dibuat, sedang tak mungkin lagi mereka dihidupkan semula dan berpeluang melakukan ibadah walaupun sesaat. Maka mereka menangis, dan tiada orang yang pernah menangis seperti mereka kerana menyesal yang tiada apa mampu dibuat untuk menebus penyesalan tersebut.
Sedang ruh orang yang soleh, menyertai bersama-sama orang yang beribadat di bulan Ramadhan. Maka yang demikian, Allah ceritakan dalam Al-Quran akan penyesalan-penyesalan tersebut, seperti dalam Surah
As-Sajadah (Sujud):12,
“Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): `Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.”
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa. Jom kita memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud;
"Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.”
p/s: Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita?
Pesanan untuk diri ini yang berpesan:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-saf:2-3)
Tuesday, July 19, 2011
The Return.....
At last, selepas hampir 8 bulan, dapat juga update ruang Hasanah ni (clap2).
Kenapa? Tak terasa nak fikirkan alasan-alasan. Coming from internal juga rasanya..
Di samping masalah-masalah teknikal blogger dashboard ni yang unexplainable (betul ntah tidaknye ni).
I was thinking to put few updates..but lets begin with this one first, or else, hardly start one.
Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya memecah kesunyian dan keheningan blog ni.. Though there are no more 'people' updating on newer posts on 'list of blogs' anymore... takpe, mari kembalikan matlamat tertubuhnya Parti Perikatan..bukan..bukan.. tertubuhnya blog Hasanah ni (nama pun by pop up idea je)...
Rebranding? Maybe, kalau ada kesempatan lagi. Nak update ni pun,.......
Kalau ada yang sudi make overkan Hasanah, mungkin lebih bersemangat lagi=)
We'll see what to be updated in the future. Writing push me to read.
p/s: Current status - berubah. Penganggur + suri rumah separa masa >> pekerja (part2 suri rumah tu, adalah tinggal cebisan-cebisan bahagian)..
p/s: Next - Merancang hidup vs Merancang Mati, Qaswa, Taknak Marah...Cuma..Geram., The Remaining Ramadhan??
p/s: warna-warna sudah kembali ^_^
Sometimes, good things are hardly being done, if we merely think how much it could possibly benefit our self.. But, if you still can't find one, try to do it for those who you love.