Pages

Sunday, August 3, 2008

Bukan Salah Ibu Mengandung....

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera untuk semua. Tergerak hati saya untuk menulis selembar coretan untuk kali ini.

Digemparkan dengan berita pembuangan mayat bayi di sebuah IPT di Malaysia. Tiba-tiba hati saya rasa sayu. Bayi yang tak berdosa menjadi mangsa perbuatan manusia yang terlupa batas dosa pahala. Salah siapa? Salahkah ibu yang mengandung? Atau bapa? Adik beradik? Guru di sekolah? Kawan-kawan yang mengajak buat perkara yang tak sepatutnya? Atau jiran tetangga yang tidak hirau hal orang di sebelah rumahnya? Atau kerana lelaki yang merosakkan lagi tidak bertanggungjawab? Atau salah rakan-rakan sekelas yang tidak mengingatkan? Kakak-kakak atau abg-abg senior yg sepatutnya membimbingnya? Atau pemimpinnya? Atau salah SAYA?

Dalam kebejatan isu sosial yang semakin menular, menjadi kewajipan kita selaku saudara seislam untuk saling mengingatkan. Dalam Surah Ali-Imran, ayat 104, Allah berfirman yang bermaksud :

Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah daripada yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Allah SWT juga memberi peringatan dalam Surah Al-Isra, ayat 16 yang bermaksud :
Apabila Kami hendak menghancurkan satu perkampungan itu, Kami banyakkan bilangan orang kaya dan mereka melakukan perbuatan fasik, sehingga berhaklah Tuhan menghukum dan Kami akan hancurkan.

Kejadian ini bukan luar biasa wahai sahabat sekalian. Bahkan sudah muak dan jelak didengar di media massa. Hikmahnya, kita disentap dan direntap dengan peringatan dariNya. Di mana kita hingga ada yang jadi begini? hingga wujud kejadian- kejadian seumpama ini di persekitaran kita? Apa telah kita lakukan? Adakah kita salah seorang penyumbangnya?

Simpati. Paling simpati pada bayi tersebut. Tidak diminta lahir ke dunia. Dari cara yang tidak diredha. Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Allah ambil ia kembali. Tak perlu hidup di dunia yang bergelumang dosa.

Sahabat-sahabat,kebanyakan peristiwa seperti ini bermula dengan perkara yang dianggap remeh di kalangan remaja. Couple. Sudah seakan-akan menjadi tabiat yang tidak boleh ditinggalkan di kalangan remaja. Daripada suka-suka dan ingin mencuba, akhirnya terbiasa. Natijahnya? Renungkanlah para sahabat. Tepuk dada tanya iman. Letakkan seketika kegembiraan dan kemanisan di tepi dalam membuat pertimbangan. “Tidak, kami tidak pernah bertemu. Sekadar bersms shj.” “Ala, normal la tu, biasa-biasa je. Kami tahu nak bezakan mana yang baik dan mana yang buruk.” “Jagalah tepi kain sendiri. Kami tahu apa yang kami buat. Mak ayah kami pon tahu.” Jangankan nanti sudah terhantuk baru nak terngadah. Iblis terlompat-lompat kegembiraan bertepuk tangan kerana misinya berjaya.

Teringat saya akan perbualan dua orang sahabat bila ditanyakan tentang isu ini. Mengapa orang memilih jalan couple. “Saya perlukan tempat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah saya. Perasaan dan masalah yang tak mampu dikongsikan dengan orang lain termasuk ibu bapa dan keluarga.” Ya, kita pantas mencari manusia untuk berkongsi masalah dan perasaan. Lebih-lebih kaum perempuan [saya pon perempuan jga]. Tapi kadang- kala kita terlupa. Siapakah pemberi masalah dan siapakah yang pasti ada penyelesaian bagi setiap permasalahan. Kita selalu merujuk kepada makhluk tapi lupa pada Khaliq.

Ingatlah wahai wanita sekalian akan janji Allah:

Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia. (An-Nur : 26)

Persiapkanlah diri dan baikilah diri untuk menjadi peneman dan penyokong peneman hidup, ibu buat anak-anak yang bakal dilahirkan. Semoga kita di kalangan wanita-wanita yang Allah janjikan lelaki yang baik sebagai peneman hidup, bapa, pemimpin sama ada keluarga, masyarakat atau agama ini sendiri.

Sebelum saya akhiri thread ini. Cuba kita sama-sama renungkan. Hari esok, berapa orang perempuan lagi akan dirosakkan. Berapa orang lagi bayi luar nikah yang akan dilahirkan atau ditinggalkan waima meninggal dunia. Dan di mana kita?


Wajah Suci

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

1 comments:

insan said...

Posting yg menarik.
Kejadian ini berlaku di UTP yang bangga sebagai sebuah universiti yang berprestij. Namun dimanakah kesalahan ini perlu disandarkan? Pihak pengurusan yang mengambil sikap endah tak endah dalam menangani masalah-masalah maksiat? atau Pelajar-pelajar yang tidak meningatkan antara satu sama lain?
Sy tertarik utk comment character2 mereka yg bercouple.
Mungkin ada yang masih tidak sedar bahawa couple boleh membawa kepada penzinaan. Cinta merupakan sesuatu yg abstrak dan menjadi kesalahan jika cinta kpd manusia tidak bersandarkan kepada syariah. Masalah-masalah couple skrg ialah mereka tidak meletakkan cinta kepada Allah itu melebihi cinta segala-galanya dan suka mengambil jalan mudah seperti yg dinyatakan oleh penulis dalam meluahkan perasaan sehingga menganggap pakwe or makwe mereka yang boleh menyelesaikan msalah mereka. Tidak dapat tidak, ayat-ayat standard yang akan digunakan "dialah yang paling memahami saya dan membantu saya dalam segala permasalahan saya". Namun tidak semua sedar akan benda ini dan menjadi tngjwb org disekeliling untuk meningatkan org lain dengan approach yg baik dan berhikmah.