Pages

Monday, August 4, 2008

Hari ini dalam sejarah

Hari ini dalam sejarah hidup berjaya jga mederma darah. Kalau sebelum ni, dapat tgk shbt2 yang menderma dari luar je. Alasannya, “ Saya takut jarum.” Mulanya memang tak nak. Senyum-senyum sambil menggeleng bila pekerja hospital kat dalam tanya adekah saya nak menderma. Sememangnya dah lama mahu menderma tapi selalu tak berkesempatan atau tak datang lagi keberanian. Nasib baik tadi ade seorang senior muslimat sama-sama ingin menderma. Kami pon masuk bersama-sama.

Dari tangan kiri ke tangan kanan. Akhirnya tersalah cucuk pulak. Ingatkan nak lari dah. Mujur orang dalam bilik derma darah tak ramai. Penderma-penderma lain pon terjengah-jengah saya si katil. “ Haish, janganlah pandang-pandang. Orang tengah nervous nih,” bisik dalam hati. Ada jururawat yang bercerita tentang muka saya yang katakutan pada kakak senior saya. Kakak senior saya memandang dari katil depan member sokongan moral. Datang pula seorang lagi jururawat. “Sekali lagi je,dik. Boleh?”. Saya mengangguk. Proses menderma bertukar semula ke tangan kiri. “Sekali ni je tau. Kalau tak dapat jgak, sya cancel,” cakap dalam hati jela.

Akhirnya, dapat jgak menderma. Tak ingat berapa lama berada dalam bilik menderma darah tu. Tapi lepas melalui kesukaran bersame jarum yg besar tersebut, semua berjalan lancar. Tapi tangan yang tersalah cucuk ni pula yang lebih sakit. Ujian~

Setelah beberapa lama berehat seketika lepas satu pain darah dikeluarkan, maka berangkatlah saya keluar dengan penuh rasa berjaya. Ucapan-ucapan tahniah bertubi-tubi diterima. Demikianlah pengalaman menderma darah buat kali pertamanya hari ini.

Moral of the story, ni baru jarum ambil darah. Belum lagi kena pedang, tombak mahupun panah. Disebut dalam siri perang Badar, seorang pemuda bernama Muadz bin Amru melihat Abu Jahal sedang dikelilingi oleh beberapa orang tentera Quraisy. Dia menerpa ke arah ketua tentera Quraisy itu lalu melibaskan senjatanya mengenai betis Abu Jahal. Ikramah anak Abu Jahal yang berada di situ bertindak balas berjaya menetak tangan Muadz hampir putus. Namun Muadz tidak mengalah. Dia terus menyerang Abu Jahal. Apabila Muadz merasa tangannya yang terkulai itu menyusahkan dia menyerang maka dipijak tangannya yang terkulai itu sehingga putus. Kemudian dia terus menyerang Abu Jahal. Abdullah bin Masud yang melihat peristiwa itu datang membantu lalu berjaya memenggal leher Abu Jahal sehingga putus.

Ternyata sebatang jarum itu tidak lagi sebanding senjata mereka. Bahkan, dicucuk dua kali dengan jarum tersebut tidak sama dengan kesakitan dilibas dengan pedang, bahkan merentap tangan yang terkulai sendiri hingga putus. Allahuakbar!~

**Senyum selalu**

8 comments:

pEnGGorEng_hAnDaLan said...

sakit dok?...klu bleh ana lak nak try....

[dpt x biskut ke roti ke?]

Norzila Noh said...

erm, tadela sakit sgt.
boleh la try..
dapat buah, air n biskut

HanIff said...

terpanggil utk memberi sedikit komen..menderma darah sama seperti membuat blog..
1) ahh malas la..org len dah wat blog takkan saya nak wat gak
2) arituh saya dah wat blog..takkan asyik saya jer
3) saya takut blog...

Jika begini pemikiran kita yang brada di peringkat university student..so how about others..persoalan nya bukan membuat blog semata-mata tetapi budaya kita yg suka menolak kerja kepda org len..dari satu sudut kerja tu lah yang mendekatkan kita dengan Maha Pencipta..do appreciate it

AHMAD said...

salam...wat blog vs derma darah..
agak2 spe menang..
berkata lah org yg malas wt blog "sya tkut blog..nnti pak lah tuduh pengacam negara"...jawap plak org tkut derma darah.."sya takut derma darah..nnti trcucuk 2 kali plak"
P/S: sje gurauan..
nk wt blog senang je tp nk mantain blog la susah...mcm derma darah laaa..3bulan skali bru bleh derma..hu3..saya akan sahut cabaran hanif(ibnuinsan) untuk wat blog....nnti dah sume org wat blog spe nk jd pembaca?de x contest blog terbaik????

Norzila Noh said...

insyaAllah..di blog2 ni la kita dapat lihat pelbagai point of view ats suatu isu yg sama..selamat berblog.
dan selamat memaintainkan blog[utk diri sndri]

Muhamad Syafiq said...

bagus~...ana nk derma darah, tp bkan ana yang bg alasan. doktor tu yg bg. "adik, x cukup berat ni.cukupkn berat dl yer, nnti len kali datang balik"

ammira azmi said...

salam..
wah2..
cik zila ade blog juge~
how come i just get to noe ni..?
s0b3~
btw..
u've been linked..:)

Mohd Hakim said...

"setiap detik kehidupan kamu merupakan contoh kepada orang lain kerana kamu adalah daie."

moga allah perteguhkan semangat nti dalam berda'wah melalui alam blog ini. amin.