Pages

Saturday, August 23, 2008

Ratapan Gadis di atas Kubur

Dengan rambut terurai yang kusut masai, seorang gadis kecil berlari-lari sambil menangis mengikut jenazah ayahnya yang diusung menuju tempat perkuburan. Melihat iringan jenazah melalui hadapan rumahnya, Hasan Al-Basri yang duduk di depan pintu bangun dan bergabung dengan iringan tersebut.

“Ayah, mengapa begitu singkat umurmu?” ratap gadis kecil itu mengikut iringan itu.

Hasan Al-Basri melihat keadaan gadis itu hatinya merasa tersentuh, perasaannya menjadi hiba. Takdir telah menentukan bahawa gadis sekecil itu harus kehilangan bapa, padahal gadis seumurnya sangat memerlukan perlindungan dan bimbingan seorang bapa.

Keesokan harinya, ketika Hasan Al-Basri kembali duduk di muka pintu seperti hari kelmarin, gadis kecil itu melalui di hadapan rumahnya lagi. Gadis itu berlari-lari kecil sambil meratap dan menangis menuju makam ayahnya. Perkara itu membuatkan Hasan Al-Basri mengikutnya dari belakang. Dia ingin tahu apa yang akan dibuat oleh gadis kecil itu. Setibanya di pemakaman, Hasan Al-Basri melihat gadis kecil itu memeluk makam ayahnya, pipinya diletakkan di atas longgokan tanah sambil meratap. Dari persembunyiannya, Hasan Al-Basri selalu mengikut apa yang dilakukan oleh gadis kecil itu dan dia mendengar apa yang diucapkannya.

“Ayah, malam ini engkau sendirian terbaring dalam kegelapan kubur, tanpa lampu penerang dan penghibur. Jika malam kelmarin, aku masih boleh menyalakan penerangan untukmu. Tapi sekarang, siapakah yang menerangimu dan siapa pula yang menghiburmu? Ayah, malam kelmarin aku masih boleh membentangkan tikar untuk alas tidurmu, tapi sekarang siapakah yang akan membentangkan tikar untukmu? Jika malam kelmarin aku boleh memicit tangan dan kakimu, sekarang siapakah yang akan memicitmu?” terdengar rintihan memilukan dari gadis kecil itu. Hasan Al-Basri yang terdengar dari tempat persembunyian menjadi tersentuh hatinya.

“ Ayah, jika kelmarin aku yang menyelimut tubuhmu, tetapi kini siapa yang telah menyelimutmu malam tadi,” kembali terdengar suara gadis itu di antara isak tangisnya. “Kelmarin engkau masih boleh memanggilku Ayah, dan aku menjawab untukmu, tetapi semalam siapa yang engkau panggil dan siapa pula yang akan menjawabmu?”

“Ayah, jika kelmarin engkau minta makan dan aku yang melayani, apakah kau semalam minta makan? Dan siapa pula yang melayanimu? Dahulu aku yang selalu memasak makanan untukmu, tetapi kelmarin siapa yang memasak untukmu?”

Kerana tidak tahan mendengar ratapan-ratapan mengharukan gadis kecil di atas makam ayahnya itu, Hasan Al-Basri keluar dari persembunyiannya dan mendekati gadis itu, tiadk terasa air matanya menitis jatuh kerana terharu.

“Anakku, janganlah au berkata seperti itu,” kata Hasan Al-Basri setelah berusaha menenangkan hati gadis kecil itu. “Seharusnya ucapkanlah kata seperti ini:

Ayah, kau telah kukafani dengan kain kafan yang bagus, masihkah kau memakai kain kafan itu? Dan kata orang soleh bahawa, kain kafan orang yang telah meninggal ada yang diganti dengan kain kafan syurga dan ada pula yang dari neraka. Kain kafan dari mana yang ayah kenakan sekarang?

Ayah, kelmarin aku telah meletakkan tubuhmy yang segar bugar dalam kubur, masih segarkah tubuhmu hari ini?”

Gadis kecil itu terus sahaja mendengarkan ucapan yang dicontohkan Hasan Al-Basri tanpa henti.

“Ayah, orang-orang alim mengatakan bahawa semua hamba esok ditanya esok ditanya tentang imannya. Di antara mereka ada yang boleh menjawab, tetapi ada juga yang Cuma membisu. Yang kufikirkan, apakah ayah boleh menjawab atau hanya membisu?

Ayah, katanya bahawa kubut itu boleh dibuat menjadi luas atau sempit. Bagaiman kubur ayah sekarang, bertambah luas atau bertambah sempit? Dan kubur itu katanya merupakan sebahagian taman dari taman syurga, tetapi boleh juga merupakan sebuang lubang adri lubang neraka. Yang sedang kufikirkan, bagaimana kubur ayah sekarang? Taman syurga atau lubang neraka?

Ayahku, katanya bahawa liang kubur boleh menghangati mayat dengan memeluknya seperti pelukan ibu terhadap anaknya, tetapi boleh juga juga merupakan lilitan erat yang menghancurkan tulang-tulang. Bagaimanakah keadaan tubuh ayah sekarang? Jangan-jangan ayah dihimpit lubang kubur.

Ayah, orang soleh mengatakan, orang dikebumikan itu ada yang menyesal mengapa dahulu semasa hidupnya tidak memperbanyakkan amalan baik, justeru menjadi penderhaka, dan banyak melakukan maksiat. Yang kutanyakan pada Ayah, apakah engkau termasuk orang yang menyesal kerana perbuatan maksiat atau menyesal kerana sedikitnya melakukan amal kebaikan?

Ayah, dulu setiap kali aku memanggilmu engkau selalu menjawab, tetapi kini engkau kupanggil-panggil tidak lagi mahu menjawab. Kini engkau telah berpisah denganku, dan tidak akan berjumpa lagi hingga hari kiamat. Semoga Allah tidak menghalang perjumpaanku denganmu.”

Demikianlah beberapa nasihat Hasan Al-Basri yang disampaikan kepada gadis kecil itu dalam meratapi ayahnya yang sudah meninggal.

“Sungguh baik nasihat bapa, aku sangat berterima kasih sekali,”kata gadis itu.

Kemudian, Hasan Al-Basri mengajak gadis itu pulang, meninggalkan kubur ayahnya.

[petikan dari buku Cerita-cerita Inspirasi untuk Kecemerlangan Diri Wanita]

Moral of the story:

Antara pengajaran yang boleh diambil ialah, kasihi ibu bapa selagi mereka masih lagi hidup di dunia.

Firman Allah:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Surah Al-Israa’:23

Sesungguhnya mati itu adalah pasti sebagaimana firman Allah:

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya. (Surah Yunus:49)

3 comments:

Mudzil said...

blog anda telah dilinkkan dari blog saya. terima kasih..:)~

btw,selamat berdakwah melalui penulisan. "sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang."

insan said...

::Post yg menarik::
Mungkin kita dibebani kerja yg banyak but tnggungjwb to our parents shudnt be forgotten. Hargailah mereka selagi mana mereka ada and always remember that ada org yang tak dpt merasai pon kasih syg ibubapa. Jadilah insan yg bersyukur

tutekx said...
This comment has been removed by a blog administrator.