Pages

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan datang sekali lagi

Assalamualaikum wbt

Maaf kerana kekurangan kesempatan mengemas blog ini..

Buat pembaca tetap yang sentiasa mengupdate blogku yang tak seberapa ini =P

Sempena hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-51 semalam, hari ini umat Islam menyambut bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak.

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”- Surah Al-Baqarah:183

Petikan dari kuliah subuh dari Ustaz Dawi Cahyono pagi tadi bahawasanya di bulan Ramadhan, semua umat Islam mendapat kemerdekaan daripada jin dan syaitan lantaran semua jin dan syaitan ini dibelenggu di bulan yg mulia ini. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka.” - Hadis riwayat al-Tirmizi

Namun begitu, disebut dalam firman Allah:

“Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia.” – Surah al-Nas: 1-6.

Disebut dalam ayat di atas mengenai kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini. Ustaz Dawi juga menyebut 3 amalan yang baik dilakukan di bulan Ramadhan iaitu:

i.Zikrullah

ii. ZikrulQuran

iii. Zikrulmaut


Diriwayatkan juga dalam suatu hadis, sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.” - Hadis riwayat al-Bukhari

Allah membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadhan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmatNya kepada sekalian hamba-hambaNya serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepadaNya akan naik secara terus kepadaNya. Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadhan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadhan yang mulia ini hamba-hamba Allah yang tekun beribadah dan menurut segala perintahNya terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka.

Oleh itu sahabat-sahabat, mari kita sama-sama mengambil peluang mentarbiyah diri di bulan ibadah ini=)

Untuk kuliah subuh seterusnya, mungkin dapat dikongsi oleh sahabat-sahabat yang lain. Nantikan siri kuliah dan pengisian yang lain=P. InsyaAllah..

p/s: hiasi wajah anda dengan senyuman=)

1 comments:

tutekx said...
This comment has been removed by a blog administrator.