Pages

Saturday, October 31, 2009

Hari ini dalam sejarah 2

Assalamualaikum wbt....

InsyaAllah kali ini saya nak share byk pengalaman menarik sepanjang ke site selama 3 hari berulang alik dari Gombak ke Karak dan ke Simpang Pertang.

Hari 1:

Hari ini saya keluar rumah seawal 630 pagi [tak la awal sangat]...
Target kami hari ini ialah untuk buat reconnaissance survey sepanjang jalan dari simpang Karak ke Simpang Pertang sejauh 80km.

Jalan ini bermula dari pekan Karak di Pahang, melalui beberapa kampung, pekan Manchis, simpang Chemomoi, sempadan Pahang-Negeri Sembilan, Simpang Pelangai, Sungai Serting dan banyak lagi, sehingga sampai ke Simpang Pertang, Negeri Sembilan.

Bayangkan jalan ini average hanya selebar 3m, tapi antara pengguna utamanya ialah lori bergandar lebih daripada 2 [treler 4-7 gandar]. Dan satu lagi, jalan ini sangat berliku2...
dan ada beberapa kawasan yang ada switchback yang agak dahsyat....

Jalan kecil, pengguna banyak heavy lorry, jalan berliku-liku, shoulder jalan pulak ada yang less dan 1 m. Cuba anda bayangkan di corner yang tajam, kereta anda berselisih dengan lori treler 4 gandar. Sudah pasti dengan jalan selebar 3 m, treler ini akan makan jalan anda [ jalan ini takda median ye, hanya 2 lane single yang berselisih], shoulder nak mengelak pula tak sampai 1m, terus ada longkang. Saya boleh kata mencabar jugak la=). Nasib la hanya sedikit corner yang berlebar jalan kecil. Kebanyakan yang lain diperbesarkan bahagian corner.

Kali pertama kami melakukan survey sepanjang jalan tersebut, kami berhenti dan ambil gambar serta merekod bahagian-bahagian penting sepanjang jalan. Kali kedua, kami merekod travel time untuk kelajuan yang selesa bermula dari Simpang Pertang ke Karak. Kali ketiga, kami merekod travel time dari Karak ke Simpang Pertang. Dan kali keempat, kami merekod bilangan corner yang ada sepanjang jalan tersebut untuk setiap 5 km. Ada bahagian yang ada hampir 40 corners untuk 5km. @_@

Hasilnya, salah seorang daripada kami muntah [ setelah 4 kali berulangalik jalan yang sama].


Hari 2:

Hari ini saya keluar rumah 6suku pagi [sepatutnya masa ini dah berada di tempat survey]. Kami akan melakukan junction counting survey di Simpang Karak. Tersengguk-sengguk jugak la dibuatnya.=_+.

4 orang kami akan mengira kenderaan daripada 6 arah di simpang 3 Karak tersebut. Maka, duduklah kami di sebuah bangsal kecil [bekas tempat berniaga agaknya]. Kenderaan yang dibanci ialah dari kenderaan kelas kereta, small lorry, heavy lorry, bus dan motosikal.

Tiba-tiba...

"Eh, tu nak kira jugak ke??" seorang teman menuding ke arah sekumpulan kambing yang sedang melintas jalan....

Kambing tu dari pagi lagi ada di kawasan kami survey. Berjalan-jalan di sekitar simpang untuk mencari makan.

Pulang dari makan tengahari dan bersolat, kami meneruskan survey bermula pukul 4 petang. Hujan renyai-renyai. Kami mengangkut peralatan ke pondok tempat kami melakukan survey.

"Erk, kambing!~" terkesima kami seketika. Kambing-kambing ada di bawah pondok tersebut. Hujan~...patutlah. Kambing tumpang berteduh sama. Maka, itulah buat kali pertama dalam sejarah, kami melakukan counting survey bersama-sama kambing.

Yang lucunya, kambing masih boleh faham bila ada antara kami suruh mereka senyap =P.

Sekadar gambar hiasan

Hari 3:

Hari ini kami bertolak seawal 530 pagi. Link counting survey akan dibuat di 2 tempat iaitu Kampung Shafi'e dan tadika orang asli selepas sempadan Pahang-Negeri Sembilan. Nu'man dan Syafiq ditinggalkan di Kampung Shafi'e, manakala saya, Kak Zulfa dan supervisor saya, Hj Shamshuddin di tadika orang asli.

Tengahari...

Seorang lelaki Cina tiba-tiba berhenti di tempat kami sambil menyuakan handset di tangannya kepada Kak Zulfa.

"Tolong bukak. Bukakkan."Blur sekejap kami dibuatnya. Nak buka bateri atau nak 'on'kan telefon. "Handset sendiri takkan tak tahu nak buka" dalam hati berkata. Tapi takpelah, tak baik bersangka buruk. Walaupun kedatangan dan kepergian uncle tu tergesa-gesa dan badannya sedikit menggigil.

Petang...

Sebuah lori 4 gandar mengangkut sisa balak berhenti berhampiran tempat kami survey. Pemandunya singgah di tempat kami dan berborak dengan En Din. Orang Kelantan juga. Adalah setengah jam pakcik tersebut berborak. Letih katanya. Rehat sekejap. Dari padi dia perasan kami ada di situ.

"Akak dah ada visitor Cina, Encik Din Melayu, awak pulak lepas ni. India pulak," usik Kak Zulfa. Saya tak ambil pusing pun. Sambil gelak, takkan la ada. Lagi pun kami di depan kawasan orang asli. Patutnya, orang asli yang ziarah saya.

Tiba-tiba...

"Tuan! Dari tadi saya nampak tuan kat sini. Ada apa-apa masalah ke?" Seorang lelaki India menaiki motor tiba-tiba berhenti menghampiri kami..

"Tak ada pape masalah, uncle. Kami banci kenderaan. Motor uncle pun dah masuk dalam banci kami."

"Owh, saya ingat ada masalah kereta ka," kata uncle sambil tersenyum. Dia pun berlalu pergi...

Saya dan Kak Zulfa sambung gelak. Tak sangka masin mulut. Akhirnya datang juga seorang India sebagai visitor saya. Cukup 1 Malaysia di Simpang Pelangai =).

******************************************

Walaupun kehadiran kami cuma 3 hari di sana, tapi rasa agak dekat dengan penduduk di sini. Saya dapat melihat cara kehidupan mereka. Mereka pun sungguh ramah berkongsi pengalaman dan perasaan tentang jalan tersebut.

"Jalan ni, daripada atok saya dulu yang bukak. Dulu atok saya kerja dengan JKR," bagitau seorang makcik di situ.

"Ini kawasan Menteri Besar Pahang. Tapi jalan kat sini tak diluruskan pun," sambung makcik meluahkan perasaan. Sepanjang 37 tahun kehidupannya di situ, mereka hanya bergantung dengan jalan tersebut sebagaimana yang saya deskripsikan sebagai agak berbahaya.

Tambahan lagi, pagi hari ketiga ketika kami on da way ke tempat survey, ada sebuah lori balak terbalik di salah sebuah corner switchback yang tajam.


******************************************

Teringat kisah Saidina Umar Al-Khattab yang menyamar menjadi orang biasa di waktu malam untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya.

2 comments:

civilized said...

banci kenderaan uk sehari!!!
tersangat lah xbest nyer keje camtu
seb baek da kuar civil

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

mencabar jgk sbnrnya nak kekal fit and berjaga through out the survey..

nice experience