Pages

Wednesday, September 22, 2010

GERAM!! MARAH!!! PANAS!!!

Assalamualaikum wbt

Pernah marah? Selalu? Kenapa marah?

Macam-macam yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari yang melibatkan perasaan dan emosi. Gembira, tenang, bahagia, tertekan, geram, marah...dll..Kemarahan, kekecewaan, kemaafan, dan keceriaan adalah emosi yang diciptakan oleh Allah untuk mewarnai kehidupan.

Saya sendiri, tak suka dimarah dengan suara tinggi. Jadi, seboleh-bolehnya saya akan cuba mengelak dari buat perkara yang buat orang marah..Sejak sekolah lagi. Perkara paling nakal yang saya pernah buat..erm...tidur dalam kelas sekali sekala walaupun berpakaian pengawas...minta tolong dengan junior [itupun adik tu yang nak tolong, lepas tu bagi upah milo sepeket], fly [fly dengan izin jugak ni, sbb guna cikgu untuk bawa keluar..tapi orang lain kena grounded tak boleh keluar]....

Apa yang akan jadi bila marah??

Urat-urat di muka terasa menegang..kening dan dahi berkerut..muka masam...susah nak senyum..kepala pening..not in da mood..diam memanjang atau membebel...mampu menyebabkan menangis [marah tahap tinggi]..boleh menyebabkan berlakunya dosa-dosa yang lain [eg. mengumpat, menyumpah seranah]..dll


Kesannya??

Kadang-kadang orang-orang yang tak berkenaan pun terkena tempiasnya. Kalau kita meluahkan untuk diambil iktibar atau pendapat boleh tahan lagi..tapi kalau orang-orang tersebut terkesan dek suara yang tinggi, muka yang masam dll...mesti kalau kita di tempat orang tersebut pun..kita rasa tak selesa. Silap hari bulan pula, ada yang kena pukui.

Apa pun...lihat balik sebab kita marah. Takkan nak marah atas sebab yang sia-sia kan? Buat pening kepala je. Kalau betul kita marah kerana alasan yang sepatutnya..maka ada masa memang kita perlu marah.


Takut dengan orang marah??
Ada tips menghadapi orang marah...dapat dari Solusi

1. Jangan curahkan minyak tanah [gasolin]
Minyak angin takpe=)..Salah. Maksudnya jangan tambah lagi kemarahannya. Kalau kita yang kena marah, terima shj, kita sudah pun menang.

2. Minta dia duduk dan bertenang
Cakap dengan dia, dia ada banyak masa nak cakap. Sebab kadang-kadang mereka ni bimbang suara mereka tidak 'didengari'. Kasi can la..

3. Dengar apa yang dia perkatakan
Tak payah tergopoh nak berhujah atau berdebat. Biar shj dia luahkan apa yang terpendam. Perkara tu mesti sangat penting bagi dia sehingga dia boleh jadi marah.

4. Sediakan "pentas" yang sama rata
Orang yang marah ni seolah-olah nak mencari kemenangan. Jangan ragu-ragu untuk "merendah" buat seketika. Jika dia berdiri, kita berdiri. Kalau dia duduk, kita duduk

5. Mendengar secara empati
Cuba bersedia untuk memahami.

6. Berfikir seperti pakar kaunseling
Mereka yang marah ni biasanya ada tekanan yang banyak. Cuba jadi pakar kaunseling kejap. Cuba kenal pasti masalah and fokuskan pada tindakan dan isu yang spesifik, bukan umum.

7. Tenangkan dia
Bagi masa untuk bertenang. Guna suara dan bahasa badan yang positif.

8. 'Simpan' dulu ego anda
Untuk situasi ni, ego melampau memburukkan keadaan.

9. Memaafkan, jangan berdendam
Dendam hanya menyusahkan banyak pihak, menyerabutkan jiwa.

10. Berundur bukan beerti kalah
Kalau dia agresif, kita berundur. Bukan pengecut atau kalah, tapi strategi dan lambang kedewasaan. Kita nak selesaikan masalah, bukan tambah masalah. Tapi jangan dayus, perlu berpatutan dan sekadar untuk mempertahankan diri, bukan nak lepaskan geram.



*************************************

"Orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." Ali-Imran:134

Ulama menjelaskan bahawa perkara ini terdapat 3 peringkat:

Peringkat pertama: Orang yang jika diperlakukan secara tidak baik, maka dia mampu menaham kemarahannya. - tingkatan orang seperti kita yang masih kekurangan. Iaitu menahan kemarahan dan tidak ingin membalas dendam terhadap perilaku jahat yang dilakukan serta tidak mahu melakukan perbalahan.

Peringkat kedua: Jika dia menambah lagi kebaikanya "Dan memaafkan (kesalahan) orang.." (Ali Imran: 134). Dia menemui orang itu dan mengatakan, "Semoga Allah memberikan maaf kepadamu."

Peringkat ketiga: Jika dia menambah lagi kebaikannya "Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran:134). Maka dia pergi menemui orang itu dengan membawa hadiah atau menjabat tangan.

*****************

Mesti ada sebab kenapa orang marah. Muhasabahlah diri kita. Kalau memang benar salah, apa salahnya kita mengakui dan berubah, minta maaf pada yang berkenaan. Sampai bila nak menegakkan benang yang basah, mencipta-cipta alasan untuk berhujah.

Yang marah pula, berpada-padalah. Semoga tak terlalu melayan perasaan marah. Usually explanation is necessary and helpful, so lend your ears to hear.

p/s: Berpesan pada diri sendiri. Jauhi kami dari sikap pemarah dan kemarahanMu, Ya Allah T_T


Tak tahu kenapa tak boleh ubah-ubah warna skrg...mesti ada explanation..hmm


10 comments:

dOtZ aL-BanGi said...

berlapang dada....

solution terbaik....

Norzila Noh said...

btul la pedot..

kejap2..blog anta akan bertukar kepada jentayu page.

ade ke orang nk hack blog? mcm2..

dOtZ aL-BanGi said...

saya pun dah xtau la....

tolong2...

*klu nak hack pun, hack la yg dah terbiar blognye.

*skang ni mcm2 bleh hack

Norzila Noh said...

sungguh tak beradab peminat kamu tu pedot

[ramai peminat kot, smpai blog pun ada yang nak hack]

agaknya mmg ada problem kot..[husnuzhon lagi ni]...sbb blog ana pun da taleh nk tukar2 kaler dah ni..tatau ngape.

dOtZ aL-BanGi said...

alhamdulillah...

syukran pada afo yg berjaya merungkai permasalahan ni...

rupe2nye benda ni mmg virus dan byk dah org yg terkena..

dan dari situ, telah diletakkan cara nak pulihkan kembali...

harap dah xde masalah..

Norzila Noh said...

mujur tak marah..

tak sia-sia menahan marah

Hatiku Bermunajat said...

1) kajian menunjukkan marah akan mengakibatkan manusia kehilangan banyak tenaga
2) emosi kdang-kadang perkara yang sukar dikawal..

Norzila Noh said...

betul...mmg penat marah ni...

kalau berkerut -> pening
kalau membebel -> penat bercakap
kalau marah -> penat serba serbi


apapun...practise make perfect. [belajar dari cikgu sejarah saya yang sangat penyabar melayan bukan hanya kerenah pelajar yang semuanya perempuan, tapi cikgu-cikgu perempuan lain juga, termasuk pengetua perempuan]

AHMAD said...

mesti ada ubah atau tambah something sebelum tak boleh tukar color. cuba ingat balik...reverse engineering kan.

Norzila Noh said...

tak ingt pun kalau ada ubah apa2..

cek setting pun mcm sama je..