Pages

Wednesday, December 31, 2008

Qunut Nazilah

Assalamualaikum wbt

Bersama menjadikan qunut nazilah dalam bacaan selepas solatmu, untuk kita sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara seIslam yang dilanda peperangan, yang ditindas makhluk2 laknatullah.


اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم

اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ

يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!



"Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya. Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita kepada orang-orang yang sabar." Al-Baqarah: 154-155

Tuesday, December 30, 2008

Lembaran Baru


Assalamualaikum wbt dan Salam Maal Hijrah 1430

Sabda Rasulullah SAW bermaksud,

'Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Mekah, tetapi hijrah yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa); dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia'

Dalam hadith ini Rasulullah telah menyatakan bahawa hijrah dengan maksud kata berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain itu sudah tiada selepas pembukaan kota Mekah. Yang hanya tinggal maksudnya kini ialah hijrah dalam bentuk niat dan jihad. Niat merupakan syarat kepada sahnya sesuatu amalan.Niat juga yang membezakan antara ibadat dan selainnya. Azam, niat atau cita-cita yang baik merupakan satu yang terpuji dan ibadat sama ada ia terlaksana ataupun tidak.


Kita rujuk pada satu Hadith Qudsi :

Sesungguhnya Allah S.WT telah menetapkan kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal itu. Maka barangsiapa yang berniat untuk melakukan sesuatu amal kebaikan namun ia tidak dapat melakukannya maka Allah akan memberikan kepada satu kebaikan yang penuh. Tetapi sesiapa yang berniat melakukan satu amalan kebaikan lalu dia melakukannya maka Allah akan menuliskan baginya 10 kali kebaikan sampai 700 kali kebaikan bahkan berlipat ganda yang banyak sekali disisinya. Dan barangsiapa yang berniat melakukan keburukan namun dia belum melakukannya maka Allah akan menuliskan satu kebaikan tetapi kalau dia berniat buruk lalu dia melakukannya maka allah mencatatnya satu keburukan disisinya

Saya menyeru diri ini khususnya dan kita semua menghijrahkan diri kita dengan memperbaharui niat, menanam azam, dengan penuh keyakinan serta melaksanakan setiap perancangan kita dengan baik, teliti, berstrategi, bersungguh, bertawakkal dan memastikan azam, niat dan cita-cita kita akan terlaksana. Jika sebaliknya kita tetap mendapat ganjaran disisi Allah S.W.T. Wallahu A'lam


Monday, December 29, 2008

Inikah kita??

Assalamualaikum wbt


Kita sebenarnya..

..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..

Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..

Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..

Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..

Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..


TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya...

Kita sebenarnya..
...Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka





Carta Lagu 3

Assalamualaikum wbt

Berminat utk share satu lagi my favourite song. Tahniah dan thank you untuk sahabiah2 yang promote lagu ni=)...lesson to be learnt.. not simply a song

Taubat Seorang Hamba
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....



Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x...

Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah 3x....

Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..

Taubatku ini...

Saturday, December 27, 2008

MPPUTP 2008/2009

Assalamualaikum wbt/Hi,

All the best to all new MPPUTP member of 2008/2009 session. =)


Friday, December 26, 2008

MPPUTP 07/08

Assalamualaikum wbt

Thank you to all MPPUTP for 2007/2008 session for such a pleasant and memorable memories and taught. May God bless all of you. All the best!~


Introduction to MPPUTP 07/08 di Minggu Aluan Siswa

Air Terjun

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dapat lagi mengupdate blog ini. Post kali ini
simple. Mood air terjun.
Kenapakah?? Sebab rasa nak pegi air terjun. Mungkin di masa-masa akan datang, saya akan juga ke air terjun...tapi belum lagi buat masa ini. Walaupun rasa nak pegi~_~

Kenapa air terjun??sebab ia best~[iklan Petronas] Sebab tu tanda kebesaran Allah, ramai yang pergi melihat-lihat ciptaanNya untuk menenangkan diri.
No need for me to describe, how waterfall can make you feel peace and relax. I believe most of you had experience went to a waterfall. For those who have'nt, lets plan 1.

Sementara tak dapat ke air terjun ni, saya nak berkongsi sedikit koleksi air terjun.





Cantiknya ciptaan Allah, Subhanallah=)


Baby prektis berenang

Thursday, December 25, 2008

Kita Tak Sama

Assalamualaikum wbt

Manusia adalah alam. Ia bagaikan bintang-bintang di langit. Setiap diri ada kehidupannya sendiri, ada kitabnya sendiri, ada kisah hidupnya yang berlainan walaupun tidur sebantal.
Antara suami dan isteri, antara ibu bapa dan anak-anak, antara abang dan adik, antara teman dan teman....mereka berada di atas pentas yang sama, tapi melakar kisah yang berlainan. mereka menempuh ujian yang sama tetapi dalam wajah yang berbeza. Para sultan, menteri, si kaya dan si fakir adalah sama dalam melalui tribulasi kehidupan. Cuma, ada ujian yang dapat dilihat dan ada yang tertutup.

Abang dan adik, cerita mereka berbeza

Jika hidup tanpa ranjau dan duri, ia bukan kehidupan namanya. Kehidupan adalah perjuangan untuk kehidupan akhirat. Sesiapa yang melaluinya dengan baik, mereka adalah orang yang berjaya dan bahagia.

Jangan kecewa atau sombong dengan kehidupan dunia, ia bukannya hakikat segalanya. Ia hanya secebis kisah kehidupan diri, filemnya terlalu singkat di sini teteapi akan berkekalan di sana. Kematian bukan penghujung kehidupan, bahkan sbeenarnya kematian adalah permulaan kehidupan yang hakiki.

"Dan (balasan) di akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa.." (An-Nisa:77)


Carilah kebenaran kehidupan di sana bukannya di sini. Buatlah perancangan yang rapi agar kehidupan ini membawa kejayaan di sana. Segala perbuatan di sini akan membuahkan gambaran yang hakiki di sana.

Nabi Muhammad SAW mengajak manusia kepada matlamat kehidupan yang jelas. Daripada alam yang sempit dan sementara kepada kehidupan yang luas dan abadi. Ingatlah, manusia mempunyai ceritanya yang sendiri. Di akhirat mereka akan berjalan nafsi-nafsi, kecuali Nabi Muhammad SAW yang mempunyai kemuliaan dan darjat yang tinggi.

Ingatlah, ingatlah...Jangan kecewa dengan kegagalan , kesusahan, kecacatan, kekurangan atau angkuh dengan kejayaan, kekayaan, kelebihan atau kesempurnaan. Ini kerana segalanya hanyalah gambaran ujian, segalanya ilusi kehidupan.

Tajamkan mata hatimu kepada Allah. Perhatikan sedalam-dalamnya kehidupan Nabi-Nabi (as), para sahabat, pada auliya', ulama akhirat dan golongan yang soleh. Belajarlah dengan mereka bagaimana menghadapi dan melalui kehidupan ini.

Jangan terperangkap dengan cara, fahaman, fikiran dan budaya hidup Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan. Mereka menyangka bayangan adalah realiti, menyangka dunia adalah hakikat kehidupan, menyangka dunia adalah jawapan segala persoalan, menyangka kehidupan akhirat adalah khayalan. Sesungguhnya Allah adalah haq, firmanNya adalah haq, Nabi adalah haq, kehidupan akhirat adalah haq.

Banyakkan isitighfar, berselawat, beribadah dan berpegang teguhlah dengan aqidah dan syariah. InsyaAllah, Dia akan membuka mata hatimu dengan untuk memandang hakikat yang sebenar-benarnya.

"Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi lebih tajam (dapat menyaksikan dengan jelas segala hakikat)" (Qaaf:22)

Engkau tidak akan menangis dengan kehidupan ini, engkau akan memikul segala keperitan dengan senyuman. Segalanya akan menjadi emas dan permata di akhirat.

Tukarlah tangisanmu, dari tangisan nasib di dunia kepada tangisan nasib yang akan dihadapi di akhirat. Menyesallah sebelum terlambat. Sesungguhnya Nabimu tidak berdusta dengan apa yang dikhabarkan tentang kehidupan. Nabi Muhammad SAW amat menyayangi umatnya tetapi ramai umatnya kini yang tidak menghargai kasih sayang baginda. Janganlah kamu menjadi golongan yang tidak menghargai kasih sayang baginda SAW.

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."(At-Taubah:128)


Wallahu'alam

Petikan daripada buku "Bicara Sirr" tulisan Tuan Haji Ibrahim Mohamad

Saturday, December 20, 2008

Bulan, Bintang, Bumi dan Awan

Assalamualaikum wbt

Macam mana boleh timbul tajuk ini. Berkisar perbualan saya dengan seorang pembantu kedai ketika ke kedai tersebut di Taman Maju. Beliau seorang perempuan berusia 16 tahun. Kami berpeluang berbual panjang. Sementara cuti sekolah yang panjang ini beliau gunakan untuk mencari rezeki daripada duduk sahaja di rumah.

Perbualan kami menyingkap lagi kenangan saya semasa di sekolah. Adik ni pun bijak menggunakan peluang yang ada, cuba mengetahui kaedah belajar, subjek kegemaran dan sebagainya [walhal cara study saya dulu pun pelik jgk] huhu~ "Akak pernah fail apa-apa subjek?" tanyanya. "Alhamdulillah sehingga akak tamat SPM takda lagi." Sebelum saya melangkah ke upper form, ada senior yang cakap, "Ala, kalau fail time upper form ni biasa la." Dan adik ni pun mengakui mendengar perkara yang sama. Apa akibat kata-kata ini? Kita menjadi tidak serius dan apabila gagal,"its common to fail cause many people out there had experienced it."


Teringat kata-kata Mama Rokiah, pengetua sekolah sewaktu saya di upper form ,"Aim for the moon. If you fall, you fall among the stars." Ha, inilah bulan dan bintangnya=). Beliau selalu mengulang-ulang verse ini untuk kami.


Dipetik dari buku 135 Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia karangan Dr Aidh Al-Qarni


"Pandanglah olehmu awan dan jangan engkau melihat bumi."


"Sekiranya bukan kerana nyala api yang berasa di sekelilingku, nescaya harum kayu gaharu itu tidak akan tercium."


Jadilah engkau yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Aku berharap agar engkau sentiasa menjadi yang terbaik, aku berharap agar sentiasa berterusan. Berhati-hatilah jangan sampai turun dan terjatuh.

Didiklah dari rebungnya untuk ada cita-cita yang tinggi=)

Ketahuilah bahawa kehidupan hanya beberapa minit, bahkan hanya beberapa saat. Jadilah engkau seperti semut dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran. Cuba dan cubalah lagi. Bertaubatlah jika engkau kembali melakukan dosa dan kembalikan kepada pintu taubat.

Hafalkan kembali Al-Quran jika engkau telah lupa. Kembalikah engkau untuk mengingatnya bagi kedua kalinya, dan ketiga kalinya bahkan untuk yang kesepuluh kalinya. Yang terpenting adalah engkau tidak merasa gagal dan putus asa, sebab sejarah kehidupan tidak pernah mengenal kata akhir, akal tidak mengenal kata selesai, di sana sentiasa ada usaha dan perbaikan.


Sesungguhnya umur itu seperti tubuh yang mungkin dapat dipercantik dengan cara operasi. Sesungguhnya umur seperti binaan, ia masih memungkinkan untuk dibaiki dan bentuk semula dari awal dan diperindah dengan cat dan minyak.

Jauhilah olehmu sekolah yang bernama kemalasan dan kegagalan. Hilangkanlah bayang-bayang sakit, bencana, musibah, kesulitan dari hatimu. Allah berfirman:


"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Al-Maidah:23)

Motivasi : Meninggalkan maksiat itu adalah jihad, sedangkan berterusan ke atasnya adalah pengingkaran.


Ya Ghaffar, tumbuhkanlah dalam hati kami penyesalan andai kami melakukan dan mengulang dosa supaya kami dapat kembali kepadaMu.

Friday, December 19, 2008

Nak Pilih Yang Mana Satu

eAssalamualaikum wbt

11 hari di rumah, akhirnya ku kembali jua ke bumi kampus yang tercinta ini. Dengan tanggungjawab yang ada, menuntut pengorbanan seperti yang berlaku sekarang. Mengorbankan waktu cuti daripada dapat berehat-rehat di rumah, bergurau senda, bersama keluarga, berjumpa kawan lama dsb dengan pulang awal ke UTP, menyusun dokumen, siapkan persiapan meeting dan event. Kita mampu memilihkan? Dan ini jalan yang ku pilih.

Cuti Aidiladha kali ini, berziarah ke kampung sebelah mak yang miss dari list lawatan cuti Raya Aidilfitri yang lepas. Huhu~ dapat la jumpa Anas dan Sara [masing-masing 3 dan 4 bulan]. Rumah atuk dah banyak berubah sepanjang tak smpai setahun saya tidak melawatnya. Tiada lagi beranda tempat kami bercerita, berlari2 dan tempat2 persembunyian. Terpandang pokok ceri depan rumah atuk. "Ada lagi pokok ceri ni." Tempat kakak dan makcik memanjat smbil makan buah ceri. Saya pulak tunggu kat bawah je. Haha~ Padahal tak suka pun makan buah tu. Kolam ikan pun sudah tiada lagi. Pokok bunga atuk yang kami suka petik2 tu macam dah takda. Bunga kuning yang dicabut, kemudian amik getah pada pokok bunga tu dengan bunga yang dipetik tadi. Ditiup dari bahagian kelopak dan keluar bubble. huhu~ Zaman kanak2. Tak campur dengan pokok jejarum pulak. Dipetik dan cari manis bunga tu. Habis pokok bunga atuk. huhu~ But for me, zaman kanak-kanak kita tak punya pilihan yang jelas. Everything just happened. The borders are fun and dicipline. And it became our memory. Is it?

Membuat pilihan kadang-kala mampu mencetuskan konflik

Reunion batch 0105 Sekolan Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra diadakan kelmarin. Huhu~ Dah bermacam-macam ragam dan gaya kawan-kawanku ini. Walau yang sertai hanya lingkungan 50-60 orang, tapi sungguh menarik. Ada yang sudah bekerja, ada yang masih belaja, sudah bertunang. Clazmate pun ada yang sudah bergelar seorang polis. Ada yang dulunya muka nerd dan naive sudah bergaya dan dewasa. Yang dulu pendiam dan selalu dibuli dikatakan sudah jadi player. Tak kurang juga yang dulu bertudung sederhana sudah bertudung labuh. Dahulu jarang kelihatan tidak memakai baju kurung, sekarang berblous dan berseluar [ ke reunion mungkin]. Dan ada juga yang masih kekal dulu dan sekarang.


Intan, Zila dan Afzan

Saya memandang kiri dan kanan. Afzan dan Intan." Muka kita ni macam dulu je kan? Macam tade muka dewasa pun." Haha~ Lalu dibalas dengan gelak ketawa. Mereka berdua ni sahabat baik saya sejak sekolah menengah. Sama-sama di kelas yang sama, dorm yang sama untuk Form 3, kaki library yang sama, selalu escape Koko jugak [dengan permission sbb pegi sekolah agama ye]. Haha~ Dan ternyata reunion membuat saya berfikir perkara yang sama. Kamu memilih dan membuat pilihan menentukan identitimu sekarang.


Hidup punya banyak pilihan. Pilihlah jalan yang membuatmu tidak menyesal lagi. Dan Ya Allah, bantulah kami membuat pilihan supaya tidak kami menyesal dan supaya kami sentiasa dekat denganMu.


Sunday, November 30, 2008

Carta Lagu 2

Assalamualaikum wbt semua=)
terpanggil untuk berkongsi satu lagi lagu di sini...
ada sahabat2 yang tnya ana, apa maksud dari lagu ini..ana serahkan pada antum untuk mencari maksud di sebalik lagi ini..apepun..sebagai suatu testimonial..lagu rancak ni sedikit sebanyak ada mengubah mood saya untuk lebih ceria=)

Cerita Hati
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta



Pandang sedikit ke belakang

tAssalamualaikum wbt buat semua

Lama rasanya saya tak menulis sendiri

Kenapa ye ? lesu ? buntu ? kaku ?

Hanya diri ini dan Tuhanku lebih mengetahui=)

Alhamdulillah, banyak perkara yg berlaku sejak tak terupdatenya blog ini bulan lalu. Pilihanraya kampus (PRK), study week, exam week, ziarah, projek2 [rahshia=P] dan sebagainya.

PraPRK mahupun pascaPRK ku tak dapat menulis. Sempena PRK kali ini, saya bertanding lagi. Situasi yg serba berbeza dengan kali pertama meyertai MPP. Kami perlu bertanding. PRK 2007 menyaksikan di kebanyakan universiti, kerusi-kerusi dalam MPP/JPM/MPM/SRC menang tanpa bertanding. Kenapa? Mahasiswa lesu? Gemarkan hiburan? Lupa tanggungjawab? Tidak peka? Banyak lontaran yang saya kutip dan baca. PascaPRU 12, suasana di tiap kampus bertukar. PRK2008 di sini disertai dan disedari kebanyakan pelajar di sini. Sedar? Sengit? Itu lebih baik…. Alhamdulillah, keputusan telah terputus melalui pilihanraya. Saya diberi peluang untuk kembali berkhidmat dalam MPP. “Ya Allah, permudahkan urusan kami.” Terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga, harta, idea dan sebagainya untuk perjalanan PRK kali ini.

Seusai PRK, study week bermula. Tanggungjawab selaku MPP juga bermula. Masa menjadi terhad. Merenung kata-kata As-syahid Imam Hasan Al-Banna dalam wasiatnya :

“Ketahuilah bahwa kewajiban itu lebih banyak dari pada waktu yang terluang, maka bantulah saudaramu untuk menggunakan waktunya dengan sebaik-baiknya dan jika anda punya kepentingan(tugas) selesaikan segera.”

Dan exam week pun bermula….

Memang selalu kami [pelajar civil Jan06] akan menhabiskan paper lambat dan ada gap antara paper yang besar. Berita kematian sahabat satu persatu kamu terima. Alhamdulillah, gap yang ada dpt saya gunakan untuk menziarahi 2 daripada 3 kematian tersebut. Walaupun cabaran di perjalanan tak kurang mencabar, tapi segala puji bagi Allah, kami selamat pergi dan pulang. Al-Fatihah buat Allahyarham adik kepada Asyrizul Fitri aka Mat Yie yang meninggal kerana kemalangan motosikal keduanya, Allahyarham Hasnur Haziq yang meninggal kerana kemalangan motosikal dan Allahyarham Imanuddin yang meninggal kerana sakit jantung. Kami menziarahi keluarga Mat Yie di Kelantan dan keluarga Hasnur di Taiping.

Tamat paper terakhir, Transportation Engineering, tepat jam 12.03 tengahari, Jumaat yang lepas di Multipurpose Hall. Huu~ habis dah. Dalam kegembiraan dan kelegaan, kepulangan ku kebilik tidak disambut sesiapa. Semua orang da balik rupanya.~_~Mana tidaknya, hari ni hari terakhir exam untuk undergraduate. Ish2..sabar je. Rumet pon da tade..huhu…babai rumet!~selamat menjalani internship dengan berjayenye.

Dan sekarang amanah2 seterusnya menanti. Menanti perhatian, digerakkan, penelitian, buah fikiran dan sebagainya. Semoga segalanya dipermudahkan. Yang terdekat, Mission Awareness Program di Trong, Perak. Dan program Kem Sains MRSM 2008 di UTP. Selamat bekerja semua=). Ikhlaskan hati, satukan tujuan, jelaskan matlamat, mohonkan pertolongan dan kemudahan dariNya, dan tawakal sesudahnya.

Ini siri yang disatukan untuk beberapa bulan. Sedikit rangkaian dari buku Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah karangan Ustaz Mustafa Masyhur:

“Kepimpinan membawa erti bebanan dan amanah bukan kemegahan dan kemuliaan.”

Ke mana mahu pergi akhi?

sekadar perkongsian untuk sahabat2 semua...[bukan hanya pada akhi, tapi ukhti2ku sekalian=)]
[dari iluvislam]

kemana mahu pergi akhi ?

kemana mahu pergi akhi
tika ummat ini memerlukanmu

kemana mahu pergi akhi
tika saatnya ummat ini mendambakan keringatmu

kemana mahu pergi akhi
tika saat manusia sedang memudik kolek mereka ke neraka

kemana mahu pergi akhi
andai tujuan ummat ini sedang dalam arah kesesatan

kemana mahu pergi akhi
saatnya ummat sedang bergelumang dengan maksiat

kemana mahu pergi akhi
andai manusia sedang leka untuk sebuah jawataan ke neraka

kemana mahu pergi akhi
tika manusia lain sedang mengumpul kekayaan untuk membeli tiket ke neraka

kemana mahu pergi akhi
tika iman mu sangat lemah dan lalai


kemana mahu pergi akhi
tika saat ahli agama sedang berbalah sama sendiri

kemana mahu pergi akhi
diwaktu ummat mandambakan penyelesaian darimu

kemana mahu pergi akhi
apabila ummat ini menagih kebajikan iman darimu

kemana mahu pergi akhi
tika keluargamu dalam hanyutan dunia dan maksiat

kemana mahu pergi akhi
saat palesti kini sedang dicabul oleh la'natullah

kemana mahu pergi akhi
saat ahli agama hanya berteori dan bersolek dengan solekan agama

kemana mahu pergi akhi
saatnya orang sibuk berpolitik dari berdakwah

kemana mahu pergi akhi
ketika ummat amat dahagakan tarbiyyah islamiyyah

kemana mahu pergi akhi
tika anak muda sedang leka dalam lembah maksiat

kemana mahu pergi akhi
tika ummat memilih hiburan sebagai cara hidup mereka

kemana mahu pergi akhi
tika da'i sedang terpedaya dengan duniawi

kemana mahu pergi akhi
saat ummat ini sedang dihina

kemana mahu pergi akhi
tika pada da'i sedang mencari jalan untuk keluar dari jalan ini kerana pesona duniawi

kemana mahu pergi akhi
tika tarbiyyah hanya menjadi tujuan duniawi bagi yang hatinya gelap

kemana mahu pergi akhi
tika islam hanya menjadi kata semangat bukan amalan untuk matlamat

kemana mahu pergi akhi
tika ummat sedang dimurtadkan

kemana mahu pergi akhi
tika hal anak-anak yatim dan fakir miskin tidak terbela

kemana mahu pergi akhi
tika sang binatang buas sedang memungut harta kekayaan dengan menindas ummat

kemana mahu pergi akhi
tika kotak maksiat(tv) sentiasa berputar di setiap rumah ummat

kemana mahu pergi akhi
tika iman saudara mu sedang lemah

kemana mahu pergi akhi
saat da'i sedang bertukar haluan duniawi

kemana mahu pergi akhi
tika pemimpin sedang bermewahan tanpa membela nasib ummat

kemana mahu pergi akhi
tika agama sudah menjadi rektorik manusia

kemana mahu pergi akhi
saat tarbiyyah ini menjadi lesu

kemana mahu pergi akhi
jika bukan di rumah tarbiyyah ini
kemana mahu pergi akhi, kemana........

p/s: saya sayangkan sahabat-sahabat saya semua=)


Thursday, November 27, 2008

Tolong Beritahu Si Dia......

Assalamualaikum,
sedikit perkongsian ana dengan semua.................
selamat membaca..


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…


“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa….

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..


[dipetik dari iLuvislam]

Thursday, September 25, 2008

Carta Lagu 1

Assalamualaikum wbt

terpanggil untuk sama berkongsi lagu favourite saya yang satu ni. Perlunya kita bermuhasabah dalam byk perkara=)

Setiap Kali | Devotees

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja

Setiap kali ditimpa musibah
Kumengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

(backup)
Oh tuhan yang maha penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Durjana yang sentiasa mengarahku
Kepada kemurkaanmu
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini Mampu meraih cinta keredhaan-Mu Seandainya akulah insan yang terpilih Pimpini hidupku

******
Pertolongan ALLAH itu akan datang kepadamu ketika terputusnya harapanmu kepada manusia.

NaSiHaT


Assalamualaikum wbt

saya berkongsi lagi hari ni, dari seorang sahabat=)

Nasihat merupakan salah satu santapan jiwa yang hadir dalam 3 wajah.

Pertama : nasihat dalam rupa nasihat. Sering diabaikan lantaran penerimanya mengamalkan dasar anak ketam.
Kedua : nasihat yang datang dalam rupa sindiran. Madunya tersembunyi dalam pahit bahasa berbunga.
Ketiga : nasihat berbentuk falsafah dan madah. Manisnya penuh simbolik. Wujud kemanisan setelah dirungkai oleh penjelasan dan huraian penuh ilmu.

Bersabar dan istiqamahlah dalam memahami kesemuanya=)


Dari Abu Ruqayyah Tamiim bin Aus Ad Daari, sesungguhnya Nabi shalallahu alaihi wa salam bersabda:

"Agama itu adalah nasihat." Kami bertanya: "Untuk siapa?" Sabda beliau: "Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan bagi seluruh kaum muslimin." (HR Muslim).

Wednesday, September 24, 2008

Jangan Merajuk Wahai Da'ie

Jangan Merajuk Wahai Da'ie

www.iluvislam.com
dihantar oleh: assyahida

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

*************

terasa ingin berkongsi, artikel menarik. Sedar atau tidak,kadang kala kita bersedih wahai sahabat=)


Monday, September 22, 2008

[Baby adalah makhluk kenit yang ajaib]&[kanak-kanak adalah ahli syurga]

Assalamualaikum wbt

Berkaitan dengan tajuk di atas, saya menyentuh tajuk ini sbrnya bukan hanya sekadar pada baby tapi juga kanak-kanak.

Baru-baru ni, handset saya tiba-tiba mengalami masalah kebutaan. Kesian dia. Nak tukar tak sanggup rasanya. Banyak sentimental value, kenangan pahit dan manis diharungi bersamanya. Dialah PA, dialah jam, dialah penghubung dengan orang lain, dialah tempat melepaskan keserabutan [melihat2 pic yg ada], dialah reminder besday sahabat-sahabat^_^, dialah….dll.

Maka dengan demikian itu, saya tak jadi nak terasa teringin untuk tukar handset baru. Biarlah Nokia 6070 ini yg menjadi peneman serta pemberi semangat hari-hari mendatang. Cumenya, untuk mengatasi kebutaan tu, saya tukarkan skrin baru. Biar terbang wang melayang, namun kerana 6070 saya rela..

Sejak dua menjak handset tersebut rosak [ 2 or 3 hari je], senyap je hidup ini…tiada lagi bunyi ringing tone~…bunyi msg~~…dan bunyi2 tersebut serasanya familiar di kalangan sahabat-sahabat yang pernah sekali mendengarnya. Pernah seorang sahabat muslimin meremind ana untuk mengsilentkan phone bila berada di masjid. [ lupa nak silent, lepas solat je dia berbunyi,x sempat…]…bertapa beliau tahu, hanya ana yang menggunakan bunyi sedemikian.

Tatkala berbual mahupun berdiskusi bersama teman, ada masanya phone berbunyi menyampaikan alamat adanya call atau msg… “Baby dia dah panggil dah~~”

Dalam perbualan virtual group bersama- sama sahabat, ana pernah mengusik mereka bersifat seperti kanak-kanak rebina, huhu....
“slambe aje kate kanak2 ribena... tp kire ok r kot kalo jd kanak2 ribena... dr orng tu asyik "baby" aje sejak dr foundation smpi dah 2nd year.... aduh.....paling kurang pun kanak2 lebih matang dari baby kot... hahaha..... sape sokong saye,sile nyatakan pendirian anda” …balas salah seorang sahabat. Sabar jela -_-“ [sape punya ayat ni??teka2..haha]

Moralnya, kenapa baby? Orang bertanya-tanya..frenster pon baby je…kenapa2??? Sejak foundation hingga sekarang, persoalan ini sering dilontarkan. Kenapa ye? Hurm….kerana baby adalah makhluk kenit yang ajaib!!~ Ajaib apenye? Sebab dia kecik je, tak tahu apa-apa, innocent, tapi bila dia senyum, semua orang senyum. Bila dia menangis merisaukan semua orang. [pendapat saya seorang jela..lala~]

Tapi sememangnya, baby dan kanak- kanak ni boleh memberi ketenangan walau kadang-kadang tak menang tangan mak dan ayahnya melayan. Anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang berperanan mencorak dan melukiskan dengan warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam supaya kelak menjadi anak soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibu bapanya..

Teringat pula kisah sirah Rasulullah, ada yang menceritakan perihal baginda terhadap kanak-kanak. Baginda tak melarang kanak-kanak dibawa ke masjid malah menggalakkan. Nabi pernah tegur sahabat-sahabatnya yang memarahi kanak-kanak yang bermain dan buat bising di masjid. Ada kanak-kanak bermain-main di bawah mimbar masa Nabi tengah sampaikan khutbah solat Jumaat lagi. Nabi suruh biarkan saja mereka kerana kata Nabi, kanak-kanak adalah ahli syurga.

Rasulullah menunjukkan sikap penyayang terhadap kanak-kanak terutama kepada Hassan dan Hussin, cucu baginda.

“Kepada Hassan, aku wariskan sifat kepemurahanku tetapi kepada Hussin aku wariskan sifat keberanianku.”

Sayyidina Hassan dan Hussin biasanya dipanggil sebagai putera-putera Rasulullah SAW walaupun mereka sebenarnya adalah cucu-cucu baginda. Rasulullah SAW sangat inginkan anak lelaki karena kesemua anak-anak lelaki baginda meninggal sewaktu mereka masih kecil. Maka apabila mendapat dua orang cucu lelaki ini, Rasulullah memanggil mereka, “Anak-anakku” manakala mereka memanggil Rasulullah, ayah. Terhadap Sayyidina Ali, ayah mereka, Sayyidina Hassan memanggilnya, “Abu Hussin” dan Sayyidina Hussin memanggilnya, “Abu Hassan”.

Sabda Rasulullah SAW:

“Semua anak Adam bernasabkan ayah mereka kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka.”

Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak gerik baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencuba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.

Umar bin Khattab pernah menyaksikan Rasulullah SAW sedang mengendong Hasan dan Husain, seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri baginda. Maka Umar berkata kepada Hasan dan Husain, “Kuda yang paling baik ialah di bawah kamu (Rasulullah).” Rasulullah melirik kepada cucunya lalu berkata, “Dan penunggang kuda yang paling mahir adalah kamu berdua.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW diundang makan ke rumah seorang Sahabat. Ketika baginda dan para Sahabat berjalan menuju rumah orang yang mengundang makan itu, baginda melihat Husain sedang bermain-main dengan kanak-kanak di tengah jalan. Baginda ingin bergurau dengan Husain, maka baginda berjalan lebih laju sehingga baginda agak ke depan berbanding rombongannya. Apabila tiba dekat Husain, baginda membuka kedua-dua tangannya sambil mengisyaratkan supaya Husain melompat kepadanya. Lalu Husain melompat ke arah baginda. Baginda tertawa sambil mendakap serta mencium Husain sambil bersabda:

“Husain sebagian dari diriku, dan aku sebagian darinya. Allah mengasihi orang yang mengasihi Husain.”

Moral of the story : Didiklah anak dari rebungnya. Tak semestinya anak sendiri, anak saudara, anak tiri, anak jiran, aank sepupu, anak pakcik makcik dan sebagainya. Jangan anak tekak, anak mata, anak ikan Fara sudahlah. [ops, pinjam Nemo sat]=P

KeTaWa & SeNyUmAn

Senyum seindah suria yang membawa cahaya
senyumlah dari hati dunia mu berseri
senyum membawa impian dalam kehidupan
ku tersenyum kau tersenyum kemesraan terjalin
senyum kepada semua
senyumanmu itu amatlah bermakna
senyum membahagiakan
dengan senyuman terlajinlah IKATAN..

Tiba-tiba pula saya tertarik untuk buat topik ni..kenape ye??

Sbb kadang-kala kita sampai perlu mujadah untuk senyum…bila kita mempamerkan senyuman dalam keterpaksaan, kerana apa yang dipamerkan tak sama dengan apa yang berselirat berserungkai di dalam pelusuk hati=)..tape..Tuhanku ada=)


Berbalik kepada cerita senyum tadi, dari sebuah buku Indahnya Cinta, karangan Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni [pengarang buku La Tahzan]. Menurut beliau,ketawa itu ada yang tercela dan ada yang terpuji begitu juga dengan tangisan. Dan beliau membahagikan ketawa kepada beberapa jenis. Di antaranya ialah:

Pertama : Ketawa kerana kagum. Pendapat dari ahli tafsir menampilkan contoh dari firman Allah antaranya dari Surah Hud:72

Isterinya berkata: "Sungguh mengherankan, apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini suamikupun dalam keadaan yang sudah tua pula?. Sesungguhnya ini benar-benar suatu yang sangat aneh."

Kedua : Ketawa dengan motif mengejek, menghinakan dan memperolokkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip asas atau memperolok secara umum. Akibat dari sikap ini, Allah menghancurkan mereka sehancur-hancurnya dan menimpakan kepada mereka laknat di dunia dan akhirat.

Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan membawa mukjizat- mukjizat Kami dengan serta merta mereka mentertawakannya. ” Surah Az-Zukhruf:47

Ketiga : Ketawa kerana berasa percaya diri (berasa perkasa). Perkara ini memang ada pada perilaku para tokoh terkemuka. Ketika mereka tersenyum atau ketawa, barangkali mereka sebenarnya hendak merendahkan musuh.

Keempat : Ketawa atau senyum yang bererti persetujuan. Ibaratnya anak kamu sedang bermain di dalam rumah, lalu kamu ketawa, bererti kamu setuju terhadap apa yang dilakukannya.


Kelima : Senyuman yang bererti marah. Disebut dalam Sahihain yang berasal dari hadith Ka’b bin Malik. Dia bersama kedua-dua orang sahabatnya adalah orang yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk. Ka’ab menceritakan, “Aku menghadap Rasulullah s.a.w ketika baginda, maka baginda tersenyum dalam bentuk senyum orang yang murka.”

Adapun Rasulullah s.a.w adalah seorang yang banyak senyum, akan tetapi baginda jarang ketawa dalam hidup baginda. Hanya terdapat 4 atau 5 tempat dalam hadith yang menyebutkan bahawa baginda ketawa. Senyuman bukanlah suatu yang sia-sia, bahkan ia menarik hati manusia!~

Namun begitu, jangan menganggap bahawa jika seseorang itu banyak berbicara, banyak ketawa dan banyak tersenyum, lantas orang itu dinilai tidak bertakwa kepada Allah.Kamu boleh sahaja mendapati orang yang fajir [paling banyak melakukan dosa dan derhaka kepada Allah] namun ia tidak pernah tersenyum dan tidak pernah pula ketawa.

Contohnya, ‘Amir Asy-Sya’b. beliau adalah ahli fiqih yang tiada tandingan di zamannya. Beliau ini suka berbicara, berjenaka dan lucu. Meskipun demikian, beliau adalah salah seorang di antara hamba Allah yang paling bertaqwa kepadaNya.

Diriwayatkan dari Jarir b ‘Abdillah Al-Bajali, “ Sejak aku masuk Islam, setiap kali baginda melihatku pasti melontarkan senyum ke wajahku.”

Petunjuk yang boleh diambil dari baginda s.a.w, banyak memberikan senyuman kepada sesame saudara muslim, kerana senyum adalah sedekah. Bersama memohon dari Allah supya kita bersifat lembut dan berperangai baik. Semoga Allah menjadikan kita semua bahagia di dunia dan di akhirat.

p/s: sudahkah anda tersenyum untuk hari ini? =)