Pages

Wednesday, September 3, 2008

Adik Kecil


"Kenapa hidup ni susah sangat yek Umi?" Adik kecil menyoal. Gusar.

Ada keruh pada wajahnya."Hidup kan ujian bagi orang beriman. Untuk Allah menilai siapa antara kita yang beramal soleh. Hidup mungkin saja syurga bagi orang
yang mencintai dunia, tetapi dunia hanyalah padang permainan untuk
kita. Sampai masanya, kena 'balik' juga," perempuan separuh abad itu
membuka bicara. Terasa menusuk ke kalbu. Aku hanya diam, berbuat tak
tahu. Mencuri dengar, sebenarnya.
"Tak larat. Umi, Adik sedih. Kakak pun sedih..." Dia mengadu lagi.
"Sabarlah. Lalui kesusahan dengan redha, di situ ada kekuatan. Ujian
datang bukan untuk menyiksa jiwa kita, tetapi sebagai penguat jiwa.
Supaya kita lebih dekat pada-Nya. Itupun jika kita memilih untuk
dekat pada-Nya. Sayang pada-Nya. Sayang Tuhan tak?" Perempuan
separuh umur itu memujuk lagi. "Sayang. Tapi Adik rasa macam nak hidup dalam mimpi. Nak mimpi syurga. Umi jauh, Abah jauh. Tokwan jauh. Camne," dia merengek. Ada sayu pada nada suaranya.
"Jika benar mahu menurut langkah pejuang, Adik mesti kuat. Jika
benar mahu turut sama membangkit ummat, Adik mesti tabah. Thabat.
Adik kena hadapi ujian yang tersedia ini. Mesti. Dia kan ada. Maha
Pengasih, Maha Penyayang. Carilah Dia, selangkah Adik mendekati,
seribu langkah Dia menghampiri, " kata-kata itu diringi tumpahan air
mata. Adik kecil menangis teresak-esak.
"Kakak, Umi kata Adik kena kuat. Jom kita jadik kuat. Jangan sedih-
sedih. Allah ada. Jom kita cari Dia," Adik kecil berpaling,
berbicara dengan aku. Serentak, si kecil itu berlari keluar.
Aku termangu di sudut itu, terkesima dengan Adik kecil itu. Dia,
yang sekecil itu, pandai memujuk aku. Subhanallah.
Sejurus selepas itu, aku tersedar. Adik?
Itu, rupanya mimpiku.

Adik yang sungguh kuat. Kita bagaimana?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Surah Al-Ankabut:2-3

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." -Surah Ali-Imran:139

7 comments:

Hakim Mohd Nor said...

Mimpi yang indah~ (^^)

Mrs Ziela (Norzila Noh) said...

jangan beralasan untuk tidur byk semata2 nak mencari mimpi yang indah..sungguh xpatut~_~

Mudzil said...

setuju dgn hakim: mimpi yg indah~

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
syahmiyusof said...

Kuat tido ni... Lame betol mimpi tu. indah kah? pasti ke?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Rasta Rista said...

entry yg menarik...sy copy ya..